MAHA adalah singkatan kepada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show) Bermula pada tahun 1923, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan, atau singkatannya MAHA ini telah menjadi pameran pertanian utama dan terbesar di Asia Tenggara.
Melangkaui satu abad penganjuran, MAHA telah menjadi pameran sektor pertanian yang sentiasa dinanti oleh segenap lapisan masyarakat kerana membawa elemen teknologi terkini dan penekanan pameran bersifat interaktif dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara. Menerusi siri pameran yang dianjurkan, MAHA telah menjadi pemangkin untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar di Malaysia.
Meraikan 100 tahun penganjuran, MAHA edisi 2024 dengan tema "Harvesting Tomorrow Where Dreams Blossom" memberi penekanan kepada elemen yang mengangkat MAHA ke peringkat antarabangsa dengan penglibatan penyertaan daripada pelbagai negara, mencetus pembangunan daya tahan dalam sektor keterjaminan makanan dan mengangkat minat golongan muda untuk turut serta dan menjadikan sektor ini sebagai sumber pendapatan utama.
Tarikh & Lokasi MAHA 2024
Pameran MAHA 2024 akan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia / Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS Serdang) selama 10 hari bermula 11 September 2024 sehingga 22 September 2024.
Selama pada tarikh tersebut, pameran akan berlangsung setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga jam 10 malam.
Kemudahan Pengangkutan & Letak Kenderaan di MAHA 2024
MAHA 2024 menyediakan pelbagai kemudahan pengangkutan untuk keselesaan para pengunjung.
Untuk ke tapak acara, anda boleh sahaja search MAEPS, Serdang di sistem navigasi anda.
Tahun ini, perkhidmatan pengangkutan disediakan di dalam dan juga luar tapak MAEPS bagi memudahkan anda menikmati setiap detik di MAHA2024. Jangan lepaskan peluang untuk menjelajah semua pameran dan jualan menarik yang menanti anda!
Akhirnya MAHA 2024 sediakan shuttle bus dari MRT UPM/Central Parking UPM(bagi mereka yang tak mahu bayar parking mahal dekat MAEPS) ke LT1 MAHA 2024 di MAEPS Serdang, serta bas dari IOI City Mall Putrajaya ke MAEPS LT2.
Kalau anda datang dari Kajang/Bangi, naik KTM Komuter ke stesen Serdang kemudian naik bas SJ04 ke Serdang Jaya atau Fakulti Komunikasi UPM atau bas pengantara terus ke MAEPS.
Di dalam tapak acara MAHA2024 pula, terdapat 5 laluan pengangkutan untuk membawa pengunjung menjelajah.
Laluan A adalah laluan trem yang membawa pengunjung dari kawasan letak kenderaan ke Laman Tiba 1 (Pusat Info LT1).
Laluan B pula membawa pengunjung dari Laman Tiba 1 ke Pavilion KKDW, Pavilion Negeri, Interchange P2, Dewan D dan kembali ke Laman Tiba 1 .
Bas Laluan C bawa pengunjung di Miracle Garden, Pavilion KKDW, Pavilion Negeri yang juga merupakan interchange bagi laluan B&C, Laman Padi, Laman Nanas, Laman Perikanan, Laman Perikanan 2, & Laman Sayur.
Untuk lebih mudah faham berkenaan pengangkutan di MAHA2024, jemput tonton video di bawah !
Servis hantar barang pun ada tau ! Bukan setakat shuttle untuk pengunjung saja, tapi anda boleh gunakan perkhidmatan menghantar barang apabila membeli terlalu banyak dengan caj serendah RM7 sahaja !
Peta Lokasi MAHA 2024
MAHA merupakan satu ekspo pertanian terbesar merangkumi pameran teknologi terbaharu, pemodenan dan pertanian pintar serta solusi hijau yang akan menentukan arah baharu sektor pertanian Malaysia.
Sempena sambutan ke-100 tahun, #MAHA2024 menawarkan 6 zon tematik yang direka untuk memukau dan mendidik pengunjung serta bermacam-macam daya tarikan yang disediakan seperti petting zoo, taman matahari, floating market, miracle garden, lembu sado, persembahan artis tanahair dan banyak lagi!
Memandangkan lokasi pameran MAHA adalah sangat besar dan luas, anda boleh menggunakan peta lokasi yang disediakan sebagai panduan.
- ZON 1 : SELAMAT DATANG & KAWASAN PERDANA
- ZON 2 : GAYA HIDUP AGRO
- ZON 3 : PAVILION NEGERI
- ZON 4 : KEAJAIBAN DIWAKTU MALAM & AKTIVITI AIR
- ZON 5 : AGRI-PARK
- ZON 6 : TAMAN SAMBUTAN, VETERINAR & TAMAN KEJURUTERAAN AGRO
Dari pavilion negeri, pasar terapung, hingga aktiviti keluarga — pastikan anda tidak terlepas apa-apa!
Gunakanlah peta ini sebagai panduan untuk merancang kunjungan anda. Selamat meneroka pelbagai pameran yang disediakan!
Aktiviti Menarik & Tarikan Utama MAHA2024
MAHA 2024 bukan sahaja ada pameran dan jualan pertanian tetapi sektor dan aktiviti lain juga seperti jualan industri kecil & sederhana, program pelancongan dan aktiviti kanak-kanak !
Jom kita tengok, apa yang menarik di MAHA2024 !
Berikut merupakan tarikan atau aktiviti menarik sempena MAHA 2024 kali ini:
- Magical at Night and 3D Water Show: Persembahan interaktif yang menakjubkan.
- Kid Attraction: Aktiviti khusus untuk kanak-kanak.
- Segmen Teknologi dan Inovasi: Pameran teknologi pertanian pintar, penggunaan data besar, dan automasi.
- Karakter Kartun Terkenal: Menambah tarikan kepada golongan muda dan kanak-kanak.
Jadi, marilah beramai-ramai datang memeriahkan suasana bermula 11 hingga 22 September 2024 bertempat di MAEPS, Serdang
Maklumat lanjut
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai penganjuran MARA 2024, sila layari laman web rasmi MAHA di alamat https://mahaofficial.my/
Ikuti saluran berikut untuk info terkini :
- Facebook Expo MAHA
- Instagram mahaofficialmy
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai yang bertugas di talian bawah:
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Wisma Tani,
No. 28, Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62624 Putrajaya, Malaysia.
No. Telefon:+(60)3-88701954/1958/1960
E-mel: sekretariatmaha@kpkm.gov.my