Jika anda merancang percutian ke Kundasang, Sabah, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Sosodikon Hill yang indah ini! Terletak di ketinggian 1465 meter, bukit ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan, terutamanya berlatarbelakangkan kehijauan bukit rumput dan Gunung Kinabalu yang megah.
Cara ke Sosodikon Hill
Untuk memudahkan perjalanan, anda boleh menggunakan aplikasi Waze dan cari lokasi “Bukit Sosodikon”. Parking disediakan berhampiran Dream World Resort (rujuk pautan peta di sini: Dream World Resort Parking).
Info Penting:
- Bayaran Masuk: RM3 per orang
- Masa Pendakian: Sekitar 15 minit sahaja dari kawasan permulaan. Laluan ini sangat mudah kerana kedudukannya yang sudah berada di tanah tinggi, jadi tak perlu risau tentang pendakian yang terlalu mencabar.
Pendakian ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur, termasuklah warga tua dan kanak-kanak, dan pastinya ideal untuk sesi bergambar bersama keluarga dan rakan-rakan. Pemandangan dari puncak sangat memukau, di mana anda boleh bergambar dengan latar belakang Gunung Kinabalu dan bukit-bukit menghijau di sekeliling.
Tips untuk Pengalaman Terbaik
Untuk mendapatkan pemandangan yang lebih menawan, disarankan datang sekitar jam 4:30 petang ke atas. Pada waktu ini, cahaya matahari akan memberikan efek “sun-kissed” yang sangat cantik pada landskap, menjadikannya waktu yang tepat untuk mengambil gambar!
- Jetty Point Langkawi – Port Masuk, Port Shopping, Semua Ada
- Four Seasons Resort Langkawi – Destinasi Tropika Mewah dalam Pelukan Alam Semula Jadi
- Songkran: Festival Meriah Bertembung Dengan Sensitiviti Agama – Apa Kata Hukum Islam ?
- Mufti Pulau Pinang Desak Tindakan Tegas Isu Tarian Separuh Bogel di Festival Songkran Batu Ferringhi
- Isu Pesta Songkran di Batu Feringghi: MBPP Akan Ambil Tindakan, Umat Islam Diingatkan Jauhi Penglibatan
Sosodikon Hill juga sering menjadi lokasi persinggahan popular sebelum mendaki Gunung Kinabalu. Tempat ini benar-benar menyerlahkan keindahan Kundasang dan pastinya akan menjadi kenangan indah dalam percutian anda ke Sabah.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman “Berekeh” di Sosodikon Hill, Kundasang, Sabah – destinasi wajib yang memukau!