HalalXPlorer Logo
tips membeli luggage
05 October 2024

Tips Beli Luggage Supaya Tak Menyesal Waktu Travel, Confirm Tak Cepat Pecah!

Kongsikan:

Sekiranya anda ingin membeli beg bagasi, pilih luggage tahan lasak dan berkualiti tinggi supaya tidak cepat rosak. Jangan hanya memandangan kepada design sahaja kerana risau tidak tahan lama.

Tips Beli Luggage Supaya Tak Menyesal Waktu Travel, Confirm Tak Cepat Pecah!

Jadi, terdapat beberapa tips beli luggage perlu anda ketahui agar tidak menyesal di kemudian hari. Seorang pengguna X, Faisal Rahim berkongsikan pengalamannya survey luggage selama seminggu. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.


TIPS MEMBELI LUGGAGE:

Berdasarkan survey aku selama seminggu, aku nak kongsi beberapa tips penting kalau korang nak beli luggage yang elok untuk travel atau bercuti nanti. Info ni penting terutama bagi korang yang travel dengan flight. Jadi, mari kita lihat beberapa faktor yang perlu korang pertimbangkan.


MATERIAL LUGGAGE

Luggage biasanya diperbuat daripada 3 jenis material popular:

  • Polypropylene (PP)
  1. Paling ringan antara semua material.
  2. Plastik yang fleksibel, tahan lasak, dan kukuh.
  3. Namun, harga agak mahal.
  • Polycarbonate (PC)
  1. Kedua paling ringan.
  2. Paling tahan lasak, mempunyai rigiditi yang tinggi dan tahan calar.
  3. Banyak jenama terkenal guna material ini. Harganya juga paling mahal.
  • ABS
  1. Banyak digunakan dalam jenama luggage entry-level hingga mid-range, terutama dari jenama China.
  2. Kurang tahan lama, mudah crack. Namun, ada banyak syarikat yang campur material ABS dengan bahan lain untuk meningkatkan ketahanan.
  3. Harganya lebih murah berbanding luggage PP dan PC.

Material lain seperti fabrik dan aluminium jarang digunakan sekarang kerana tidak sepopular pilihan di atas.

image

SAIZ LUGGAGE

Luggage datang dalam beberapa saiz yang berbeza mengikut keperluan:

  1. Hand Carry (boleh dibawa naik ke dalam kabin flight): 20"
  2. Check-in Baggage: 24", 28", 32"

Namun, setiap syarikat penerbangan mempunyai syarat saiz dan berat hand carry luggage yang berbeza. Standard antarabangsa untuk hand carry luggage adalah 56cm x 36cm x 23cm. Ada syarikat yang sangat strict dengan saiz, jadi pastikan korang beli luggage mengikut spesifikasi untuk mengelakkan masalah di kaunter.


TIPS MEMILIH LUGGAGE

  1. Hand-carry luggage
    Cari luggage jenis PP. Ini kerana ia ringan. Berat maksimum untuk hand-carry luggage biasanya 7kg. Jika beg terlalu berat, korang akan kurang ruang untuk barang. Contohnya, jika luggage berat 4kg, hanya 3kg barang boleh dimuatkan.
  2. Check-in luggage
    Disarankan pilih luggage dari jenis PC atau ABS. Kedua-dua bahan ini lebih keras, tahan calar, dan tahan lasak. Check-in luggage perlu kuat kerana ia akan banyak dihempas ketika loading dan unloading. PP juga ok, tapi ia tidak tahan calar dan mudah kemek.

JENAMA LUGGAGE

  1. Samsonite
    Samsonite sering diberikan rating “Best Overall Luggage”. Harga bermula dari RM1,000 ke atas, tetapi jika ada diskaun, mungkin boleh dapat sekitar RM700-900. Namun, reka bentuknya mungkin lebih sesuai untuk golongan business traveller.
  2. Jenama Luxury
    Contohnya RIMOWA dan TUMI (dimiliki oleh Samsonite). Harga boleh mencecah belasan ribu. Ini luggage yang mungkin menarik perhatian, jadi perlu berhati-hati bila travel ke tempat-tempat tertentu.
Tips Beli Luggage Supaya Tak Menyesal Waktu Travel, Confirm Tak Cepat Pecah!
  1. Jenama Premium Lain
    Ada beberapa jenama premium dengan rating yang tinggi seperti Delsey, Travel Pro, Lojel, American Tourister (dimiliki Samsonite), Ecolac, dan Briggs & Riley.
  2. Jenama Lain (Terutama Dari China)
    Banyak jenama dari China yang dijual online, malah ada yang menggunakan teknologi terkini seperti luggage yang boleh mengecas telefon, boleh dinaiki macam skuter, dsb. Namun, ketahanan luggage-luggage ini tidak banyak diulas oleh reviewer.

BACA JUGA : 13 DESTINASI MENARIK DI PERLIS INDERA KAYANGAN


KRITERIA LAIN MEMILIH LUGGAGE

  1. Roda
    Pilih luggage dengan roda berkualiti. Jenama mahal biasanya ada roda dengan bearing dan suspension, yang membuatkan perjalanan luggage lebih lancar, senyap, dan stabil. Roda double lebih baik dari single.
  2. Zip
    Pastikan zip luggage berkualiti. Zip yang tersekat atau jamm sangat mengecewakan. YKK adalah jenama zip terkenal dan digunakan oleh kebanyakan luggage berkualiti. Cari yang anti-theft untuk mengelakkan luggage ditebuk dengan pen.
  3. Warranty
    Luggage dengan lifetime warranty lebih baik, terutamanya untuk roda, zip, dan badan luggage.
  4. Beg Opening
    Ada luggage yang membuka dari atas, seperti jenama Jepun Lojel dan Ecolac. Ini membantu menjimatkan ruang, terutama di tempat yang sempit.

KESIMPULAN

Luggage adalah pelaburan jangka panjang. Pilih luggage yang berkualiti kerana ia akan melindungi barang-barang kita semasa travel. Banyak pengalaman yang aku lihat di mana orang terpaksa mengheret luggage sebab roda patah, zip rosak, atau luggage crack. Jadi, jangan berkira untuk melabur sedikit demi luggage yang tahan lama.


Semoga artikel ini membantu korang yang sedang mencari luggage. Nak tahu luggage apa yang aku pilih? Tunggu sambungannya!

Kredit : Faisal Rahim di X

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA