HalalXPlorer Logo
maswings airborneo
28 May 2025

AirBorneo Bakal Terbang Hujung Tahun Ini ! Sarawak Mula Langkah Baru Dalam Dunia Penerbangan

Kongsikan:

Sarawak bakal mencipta sejarah tersendiri! Menjelang hujung tahun ini, langit Borneo bakal dihiasi dengan pesawat milik syarikat penerbangan baharu , iaitu AirBorneo.

Ya, korang tak salah baca. Negeri di Bumi Kenyalang ini bakal ada syarikat penerbangan sendiri. Proses ambil alih penuh MASwings oleh kerajaan Sarawak sedang berjalan lancar, dan kalau semuanya ikut perancangan, AirBorneo akan mula beroperasi secara rasmi pada 31 Disember 2025.

Bukan Sekadar Tukar Nama

AirBorneo bukan hanya perubahan nama daripada MASwings. Ia lebih besar daripada itu. Bermula Mac lepas, pertandingan reka bentuk logo dan livery AirBorneo telah dibuka dan sambutannya sangat luar biasa dengan hampir 1,000 penyertaan diterima dari seluruh Malaysia! Nampak betul semangat rakyat nak lihat identiti Sarawak terbang tinggi di awan.

Antara fokus utama AirBorneo ialah:

  • Tambah baik sambungan penerbangan dalam dan luar negara
  • Teruskan servis penerbangan luar bandar (RAS)
  • Tawarkan tambang yang lebih mampu milik
  • Buka peluang ekonomi untuk rakyat tempatan

Kakitangan MASwings Tak Perlu Risau

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, semua staf MASwings sedia ada akan dikekalkan. Jadi tiada siapa yang akan terjejas. Malah, jadual dan laluan sedia ada dalam rangkaian RAS juga akan diteruskan seperti biasa.

Untuk suku pertama 2025 saja:

  • 191,837 penumpang telah terbang bersama MASwings
  • 26.6 tan kargo berjaya dihantar
  • 8,670 pergerakan pesawat telah direkodkan di kawasan pedalaman

Industri Penerbangan Semakin Aktif di Sarawak

Trafik udara di Sarawak juga sedang naik dengan positif:

  • 2.5 juta penumpang direkodkan suku pertama 2025 (naik 8%)
  • 14,438 tan kargo dihantar, peningkatan sebanyak 23.3%
  • Terdapat 37 penerbangan antarabangsa seminggu, dan 427 penerbangan domestik dari luar Sarawak

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kini paling sibuk, dengan 216 penerbangan seminggu, diikuti:

  • Miri – 99 penerbangan
  • Sibu – 55
  • Bintulu – 45

Selain itu, Batik Air juga bakal buka laluan baru Subang–Kuching bermula 28 Julai 2025.

Sambungan Dalam Negeri Semakin Meluas

Untuk penerbangan dalam Sarawak sendiri, kini ada 620 penerbangan seminggu, yang menghubungkan bandar-bandar utama dengan kawasan pedalaman:

  • Miri – 181 penerbangan
  • Kuching – 142
  • Sibu – 66
  • Bintulu – 40

Buat masa ini, laluan-laluan ini dikendalikan oleh AirAsia, Firefly dan MASwings – dan tak lama lagi, AirBorneo pun akan masuk gelanggang!

Lebih Dari Sekadar Penerbangan

Menurut Dato Sri Lee, kehadiran AirBorneo bukan sahaja untuk tambahkan pilihan penerbangan, tapi juga sebagai langkah besar ke arah pembangunan ekonomi Sarawak yang lebih mampan dan inklusif.

“Inilah detik penting untuk pengangkutan udara Sarawak. Dengan AirBorneo, kita buka lebih banyak peluang dalam industri penerbangan, bukan hanya di negeri ini tapi seluruh rantau,” katanya.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA