Batik Air kini mencipta sejarah tersendiri apabila mengumumkan pelancaran laluan antarabangsa pertama dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang ke Bangkok, Thailand yang bakal bermula pada 28 Julai 2025.
Penerbangan ini akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang (DMK), Bangkok dan beroperasi setiap hari, selari dengan usaha menjadikan LTSAAS sebagai hab bandar utama yang lebih dekat dengan warga Lembah Klang.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan , Batik Air turut memaklumkan bahawa mereka akan melancarkan penerbangan harian ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KCH) pada tarikh yang sama. Langkah ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi sambungan domestik dari LTSAAS, sekaligus menambah nilai kepada rangkaian laluan sedia ada.
Pilihan Alternatif Lebih Dekat dan Efisien
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy, pengumuman ini adalah sebahagian daripada komitmen syarikat dalam memperluaskan capaian penerbangan serantau dari lokasi strategik yang lebih dekat kepada pengguna.
“Bangkok hanyalah permulaan. Subang menawarkan alternatif yang lebih menjimatkan masa berbanding KLIA dan kami percaya ia akan memainkan peranan penting dalam landskap penerbangan negara,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa laluan baharu ini mampu membuka lebih banyak peluang pelancongan bagi warga Thailand dan Malaysia Timur untuk meneroka destinasi menarik di sekitar Lembah Klang termasuk Selangor dan Kuala Lumpur – kawasan yang kaya dengan tarikan seperti tapak warisan diraja, lokasi ekopelancongan, taman tema, serta kepelbagaian kulinari tempatan.
Jumlah Destinasi Kini Lima
Dengan penambahan laluan Bangkok dan Kuching, Batik Air kini mengendalikan lima destinasi dari LTSAAS. Sebelum ini, syarikat tersebut telah beroperasi ke Pulau Pinang, Kota Bharu dan Kota Kinabalu, menjadikan Subang sebagai salah satu pintu masuk udara yang kian penting dalam rangkaian domestik dan serantau.
LTSAAS dijangka memberi manfaat secara langsung kepada lebih sembilan juta penduduk di kawasan Lembah Klang, memandangkan lokasinya yang lebih hampir berbanding Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Tempahan Tiket dan Maklumat Lanjut
Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut atau menempah tiket boleh melakukannya melalui aplikasi mudah alih Batik Air atau terus melayari laman web rasmi di www.batikair.com.
Pelancaran laluan ini bukan sekadar menandakan perluasan operasi Batik Air, tetapi juga mengukuhkan peranan LTSAAS sebagai hab alternatif yang mampu menghubungkan Malaysia dengan dunia secara lebih cepat dan efisien.
Really well-written article! I enjoyed the way you broke down the topic—it feels very genuine and helpful, not just theory. The practical tips make it easy for readers like me to connect and actually take something useful away.At meinestadtkleinanzeigen.de , we’re building a directory and classifieds platform in Germany where people can discover businesses, services, and opportunities across many categories. That’s why I especially value content like yours, because it shows how sharing knowledge online can really create connections.Keep up the great work—I’ll definitely be following along for more insights!