HalalXPlorer Logo
tourism minister defend visa free policy for chinese nationals
07 May 2025

Dasar Visa Percuma 90 Hari Untuk Pelancong China – Apa Isunya & Kenapa Menteri Pertahan?

Kongsikan:

Isu pelancong China masuk Malaysia tanpa visa selama 90 hari jadi topik hangat minggu ni, sampai ada video viral dekat TikTok dakwa kerajaan mungkin tarik balik dasar tu. Tapi korang jangan cepat melatah, sebab Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dah tampil beri penjelasan.

TIONG KING SING BANGANG

Bukan Dasar Yang Salah, Tapi Penyalahgunaan

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi beliau, Tiong King Sing tekankan yang isu warga asing jalankan perniagaan haram bukan benda baru dan bukan unik di Malaysia sahaja – ia masalah global. Katanya lagi, apa yang patut kita buat bukan batalkan dasar, tapi perketat penguatkuasaan.

“Kalau ada segelintir yang salah guna kemudahan ni, kita kena ambil tindakan pada mereka – bukan buang terus dasar yang bantu ekonomi negara,” jelas beliau.

Kenapa Dasar Ni Sebenarnya Bagus?

Tiong turut kongsikan yang sejak dasar visa percuma ini diperkenalkan, banyak sektor ekonomi negara semakin rancak – industri makanan & minuman, pelancongan, logistik dan perkhidmatan semuanya dapat manfaat. Lebih mudah pelancong datang = lebih ramai pelanggan = lebih peluang untuk usahawan tempatan jana pendapatan.

Visa Percuma Ni Timbal Balik – Malaysia Pun Dapat Faedah!

Bukan warga China je dapat visa percuma, rakyat Malaysia pun akan dapat kemasukan tanpa visa ke China sehingga 90 hari dalam tempoh 180 hari. Perjanjian dua hala ini akan berkuat kuasa selama lima tahun dan automatik disambung untuk lima tahun lagi. Win-win situation untuk dua-dua negara.

Apa Kata Menteri Tentang Video TikTok Yang Viral Tu?

Tiong akui ada video TikTok yang sebarkan maklumat tak tepat kononnya kerajaan akan tarik semula dasar ni. Beliau dah hubungi Kedutaan China untuk siasat video tersebut dan minta semua orang supaya lebih bertanggungjawab dalam menyebarkan kandungan di media sosial.

“Jangan keliru antara alat dengan masalah sebenar. Dasarnya bagus, tapi yang salah adalah mereka yang salah guna,” tegas Tiong.

NGO & Persatuan Pun Dinasihat Jangan Main Politik

Menteri juga sempat ingatkan NGO dan persatuan supaya tak jadikan isu ini sebagai bahan politik atau memutar belit dasar kerajaan yang telah dibuat selepas kajian menyeluruh dan kerjasama antara agensi. Kritikan melulu katanya hanya melemahkan usaha dan niat baik di sebalik proses dasar awam.


Kesimpulannya? Dasar visa percuma 90 hari ni bukan masalah, malah ia membantu negara jana pendapatan melalui pelancongan dan merancakkan ekonomi rakyat. Tapi penguatkuasaan perlu diperkukuh, dan semua pihak – termasuk kita sebagai rakyat – kena main peranan. Nampak yang salah guna, lapor. Jangan salahkan dasar, salahkan penyalahgunaan.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA