PETNIVAL 2.0 di The Mines: Karnival Haiwan Paling Happening Tahun Ini!
Kalau korang tengah cari aktiviti best untuk hujung minggu dari 10 hingga 12 Mei 2025 nanti, jangan lepaskan peluang ke PETNIVAL 2.0 di The Mines, Level 3. Event ini memang rare dan paling paw-some dengan tema “The Greatest Show on Paws” — masuk pun PERCUMA je!
Daripada kucing comel sampai ke haiwan eksotik, semuanya ada.
Korang boleh tengok lebih 100 baka kucing premium dalam International Cat Show, dan kalau suka binatang kecil yang gebu macam arnab, guinea pig, atau sugar glider – ada juga Small Animal Zone untuk korang usha dan interact.
Nak rasa macam tengah travel ke luar negara? Jom bergambar dengan alpaca! Tapi jangan lupa, kena belanja minimum RM100 kat The Mines untuk tebus satu gambar percuma dengan alpaca di kaunter Petting Zoo. Comel habis.
Untuk peminat haiwan pelik dan eksotik, korang kena singgah ke Exotic Pet Zone – ada reptilia, pacman frog, serangga peliharaan dan macam-macam lagi yang unik. Tak cukup dengan tu, ada juga Nest & Nibble: Little Wings World – zon penuh burung berwarna-warni yang friendly dan mesra kanak-kanak.
Kalau korang bawa anak-anak, confirm dorang enjoy dengan aktiviti kanak-kanak dan game booth yang akan beri peluang menang baucar dari brand popular macam Leobellie Petland, Pet Lovers Centre, Cutiecle, Mixue, Starbucks, Cotti Coffee dan Richeese Factory.
Bagi yang tengah cari kawan berbulu baru, jangan lupa singgah ke Mega Cat Adoption Drive. Siapa tahu, korang akan jumpa BFF berbulu yang korang cari selama ni.
Lagi best, ada pemeriksaan kesihatan haiwan PERCUMA oleh Leobellie Petland – boleh bawa kucing korang check-up terus kat sini.
Untuk pemilik atau pencinta kucing, jangan lepaskan peluang tengok dan shopping kat zon produk kucing. Macam-macam pilihan makanan, aksesori dan produk penjagaan kucing ada kat sana.
Oh ya, kalau korang ahli M-Kidz, korang boleh tunjuk je pasport M-Kidz untuk dapat satu akses percuma ke Petting Zoo dan sertai games percuma! Belum jadi ahli? Daftar je secara percuma kat kaunter informasi The Mines.
Jadi kalau korang pencinta haiwan, mak ayah nak bawa anak jalan-jalan, atau sekadar nak hilangkan stres dengan tengok binatang comel – PETNIVAL 2.0 memang tempat yang korang wajib pergi hujung minggu ni.
Dah ready nak serbu The Mines 10-12 Mei ni? Plan awal-awal, event start dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Jangan lepaskan pengalaman paling fluffy dan fun tahun ni!











