HalalXPlorer Logo
laman padi langkawi
11 April 2025

Laman Padi Langkawi: Destinasi Tenang Penuh Ilmu di Tengah Pantai Cenang

Kongsikan:

Kalau korang ke Langkawi dan nak lari dari kebisingan bandar atau tempat pelancongan yang terlalu sesak, Laman Padi Langkawi mungkin jadi pilihan yang paling best untuk korang tenangkan fikiran sambil belajar tentang budaya dan warisan negara.

lamanpadi 08

Terletak di Pantai Cenang, Laman Padi ni bukan sekadar taman padi biasa. Ia satu pengalaman yang membawa kita kembali ke akar umbi — mengenal betapa besarnya usaha petani dalam menanam padi yang kita makan hari-hari.

lamanpadi 09

Apa Yang Menarik di Laman Padi?

1. Galeri Padi & Demonstrasi Tradisional

Masuk je ke Laman Padi, korang akan dibawa ke Galeri Padi yang menampilkan pelbagai alat pertanian tradisional dan moden. Di sini, korang boleh tengok sendiri demonstrasi aktiviti seperti menanam padi, memukul padi (threshing), dan parut kelapa. Jangan risau, ada pakej yang membenarkan korang cuba sendiri semua ni.

lamanpadi 03

2. Ladang Herba Tradisional

Tak ramai tahu, dekat sini juga ada Taman Herba yang menanam lebih 50 jenis tumbuhan ubatan tradisional. Korang boleh sentuh, bau dan rasa sendiri tumbuhan seperti tebu hitam, serai wangi, bunga telang, halia dan banyak lagi. Sambil tu, korang akan belajar fungsi dan khasiat setiap satu.

3. Spot OOTD Instagrammable

Buat korang yang suka bergambar, jangan risau. Laman Padi pun ada sudut-sudut bergambar yang memang padu — dari mural 3D padi, replika burung raksasa, hingga ke sarang burung gergasi. Confirm feed Instagram korang akan nampak lebih cantik.

4. Pengalaman Bersawah

Nak rasa pengalaman sebenar tanam padi? Korang boleh sertai aktiviti seperti menangkap ikan, buat orang-orang sawah, dan tanam anak padi sambil selut-selut kaki. Aktiviti ni memang rare dan best, sesuai untuk seisi keluarga.

lamanpadi 06

5. Burung Sawah Yang Unik

Kalau korang minat bird watching, Laman Padi adalah tempat yang tepat. Waktu pagi atau petang adalah masa terbaik untuk lihat lebih 20 spesies burung seperti Helang, Myna, Pipit, Raja Udang, dan yang paling popular — burung Stork putih yang memang banyak kelihatan di sini.

lamanpadi 07

Pakej dan Harga Laman Padi Langkawi

Untuk masuk dan nikmati semua aktiviti ni, Laman Padi sediakan beberapa pakej dengan harga berpatutan:

PakejMYKAD DewasaMYKAD Kanak-kanakTanpa MYKAD DewasaTanpa MYKAD Kanak-kanak
A (Demo sahaja)RM10RM6RM12RM8
B (Tour + Aktiviti)RM15RM10RM20RM15
C (Pakej penuh + games)RM20RM15RM25RM20
pakej laman padi 1086x1536

Add-on:

  • Aktiviti tradisional: RM6
  • Buat orang-orang: RM50
  • Menangkap ikan tradisional: RM10
  • Demonstrasi kuih tradisional (min 40 orang): RM30
lamanpadi 01

Untuk Siapa Tempat Ini?

Laman Padi sesuai untuk semua — dari keluarga, pasangan, pelajar, pelancong solo sampai ke penggila fotografi. Selain itu, tempat ni juga mesra warga emas dan kanak-kanak, malah ada juga kemudahan restoran seperti Kerisik Restaurant di tepi lokasi untuk korang isi perut lepas penat bersawah.

image

Kesimpulan

Laman Padi Langkawi bukan sekadar tempat pelancongan — ia satu platform yang membuka mata kita tentang usaha keras petani, khazanah semula jadi, dan warisan budaya kita yang semakin dilupakan. Kalau ke Langkawi, singgah sebentar ke sini. Bukan saja korang akan pulang dengan gambar cantik, tapi juga dengan kenangan dan ilmu yang cukup bermakna.

lamanpadi 02

Alamat:
Laman Padi Langkawi, Pantai Cenang, Langkawi
Telefon: 04-955 4312 / 04-955 1118
Emel: lamanpadi@lada.gov.my
Facebook: laman padi langkawi

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA