HalalXPlorer Logo
taman lagenda langkawi
11 April 2025

Taman Lagenda Langkawi: Tempat Penuh Cerita, Mitos & Sejarah Yang Wajib Singgah

Kongsikan:

Kalau korang tengah cari destinasi santai tapi penuh elemen budaya dan warisan di Langkawi, Taman Lagenda Langkawi patut masuk dalam senarai wajib singgah. Terletak betul-betul bersebelahan dengan Jeti Kuah dan tak jauh dari Dataran Lang yang ikonik, taman seluas 50 hektar ini bukan sekadar tempat bersiar-siar, tapi juga satu ‘muzium terbuka’ yang bawa korang meneroka pelbagai kisah legenda menarik dari zaman silam Langkawi.

lagenda 9
Kredit Gambar : Naturally Langkawi

Pengalaman Masuk Ke Dunia Lagenda

Taman Lagenda dibuka secara rasmi pada 27 April 1996 hasil cetusan idea Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia dibina di atas tanah tebus guna menghadap pantai Kuah dan dikelilingi landskap hijau yang tenang. Meskipun ada bahagian taman yang sedikit usang dimamah waktu, tempat ini masih mengekalkan daya tarikannya dengan 17 arca berskala besar yang menggambarkan watak-watak hebat dari cerita rakyat tempatan — termasuk gergasi, puteri, burung mitos dan pahlawan.

lagenda 9
Kredit Gambar : Naturally Langkawi

Setiap arca di taman ini ada kisahnya tersendiri — dari kisah Mahsuri yang difitnah, burung Garuda yang gagah, sehinggalah kisah Telaga Tujuh yang penuh misteri. Korang boleh berjalan kaki sambil membaca info di setiap sudut arca, macam masuk dalam buku cerita versi real life.

lagenda 8
Kredit Gambar : Naturally Langkawi

Elemen Seni & Alam Sekitar

Reka bentuk taman ini turut menampilkan elemen seni bina yang cukup simbolik. Di pintu masuk, korang akan nampak Tembok Gondwana, struktur batu besar yang menggambarkan bagaimana Pulau Langkawi terbentuk hasil pergerakan plat tektonik jutaan tahun dahulu. Ruang legar di bahagian depan pula dihiasi dengan marmar hitam, tiang-tiang lampu dan hiasan batu — cukup epik untuk tangkap gambar.

lagenda 7
Kredit Gambar : Naturally Langkawi

Selain arca dan ukiran, taman ini juga ada empat tasik buatan dan pantai mini, menjadikan suasana sekeliling tenang dan damai. Tak hairanlah tempat ini jadi lokasi pilihan untuk sesi fotografi, berjalan santai dan kadangkala untuk aktiviti pelajar atau pelancong luar negara.

lagenda 6
Kredit Gambar : Naturally Langkawi

Masuk Percuma & Sesuai Untuk Semua Umur

Nak tahu yang paling best? Masuk ke Taman Lagenda Langkawi adalah PERCUMA. Ya, betul. Tiada bayaran dikenakan, dan korang boleh lawat pada bila-bila masa dari 9 pagi hingga 7 malam setiap hari. Lokasinya yang strategik di Kuah juga buat taman ini senang dicapai — dekat dengan Jetty Point, Dataran Lang dan beberapa kedai bebas cukai.

lagenda 4
Kredit Gambar : Naturally Langkawi

Fakta Ringkas Taman Lagenda Langkawi

  • Tarikh Dibuka: 27 April 1996
  • Luas: 50 hektar
  • Jumlah Arca: 17, berdasarkan cerita rakyat Langkawi
  • Tarikan Lain: 4 tasik buatan, pantai mini
  • Lokasi: Sebelah Jeti Kuah dan Dataran Lang
  • Waktu Operasi: Setiap hari, 9.00 pagi – 7.00 malam
  • Bayaran Masuk: Percuma
  • Alamat: Kuah Jetty, 07000 Kuah, Langkawi
  • Telefon: +603 966 4223
lagenda 3
Kredit Gambar : Naturally Langkawi

Penutup

Taman Lagenda Langkawi mungkin tak sepopular tarikan lain di Langkawi, tapi itulah yang buat tempat ni lebih istimewa — tak terlalu sesak, tapi penuh dengan keindahan alam, elemen seni dan kisah-kisah menarik yang akan buat korang lebih menghargai asal-usul pulau ini.

lagenda 1
Kredit Gambar : Naturally Langkawi

Kalau korang nak cari tempat bersiar-siar sambil belajar tentang budaya dan sejarah Langkawi dalam suasana santai dan terbuka, Taman Lagenda memang lokasi paling tepat. Singgah sini, tangkap gambar, dan hayati sendiri keindahan cerita rakyat yang dibawa ke dunia nyata.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA