HalalXPlorer Logo
feri langkawi
14 January 2025

Lewat Sampai 6 Jam ! Penumpang Berang Feri Langkawi Buat Hal Lagi

Kongsikan:

Penumpang Feri di Jeti Langkawi Kecewa Kelewatan Hingga 6 Jam

Penumpang feri di Jeti Langkawi berdepan situasi yang mengecewakan apabila perjalanan mereka tertunda selama berjam-jam sebelum akhirnya dibatalkan. Perkongsian oleh pengguna TikTok, @herexx_02, mendedahkan mereka menunggu hampir enam jam hanya untuk mengetahui perjalanan feri dibatalkan.

@herexx_02

6jam tunggu, lepas 2pm katenye jam 4pm ferry sampai then postpone lagi 5.50pm, sampai 7lebih end up ferry @Sani Ferry cancel. kesian kat budk2 kecil & org tua #saniferrylangkawi #bannedsaniferry #saniferry

♬ original sound - herex - herex

Menurutnya, feri yang dijadualkan berlepas pada pukul 2 petang ditunda beberapa kali—pertama ke pukul 4 petang, kemudian ke pukul 5.50 petang—sebelum akhirnya dibatalkan sekitar pukul 7 malam.

“Mereka bagitahu tak dapat pelepasan dari pihak laut. Masalahnya, ada yang cakap dari pukul 11 pagi dah ada masalah, tapi tak beritahu penumpang,” jelasnya dalam ruangan komen.

Keadaan di Jeti: Orang Ramai Berang di Kaunter Tiket
Dalam video yang dikongsikan, kelihatan ramai penumpang berkumpul di kaunter tiket, dengan sesetengahnya bertengkar bagi mendapatkan penjelasan dan penyelesaian. Situasi ini mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Reaksi Orang Ramai
Pengguna media sosial melahirkan rasa simpati terhadap penumpang, terutama golongan warga emas dan kanak-kanak yang terjejas akibat insiden tersebut.

  • “Jika berlaku kelewatan atau pembatalan feri, boleh tak pihak feri sediakan tempat bermalam dan makan minum? Feri seterusnya, utamakan yang ni dulu. Selesaikan elok-elok,” kata Pak Lah.
  • “Pengurusan punya angkara, kaunter tiket jadi mangsa. Orang kaunter pun telefonlah pengurusan atau wakil operasi untuk terangkan keadaan sebenar,” tambah Seafarer.

Insiden ini mengundang persoalan mengenai komunikasi dan pengurusan operasi pihak feri, dengan harapan penyelesaian yang lebih baik dapat dilaksanakan untuk mengelakkan situasi serupa pada masa depan.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA