Kalau korang nak rasa pengalaman masuk penjara tanpa rekod jenayah, inilah peluang terbaik. Muzium Penjara Malaysia bagi kemasukan percuma sempena Hari Pengisytiharaan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 20 Februari 2025.
DETAIL PENTING
- Tarikh: 20 Februari 2025 (Khamis)
- Masa: 9:00 pagi - 5:00 petang
- Tempat: Muzium Penjara Malaysia
- Tiket: Percuma
APA YANG BEST?
Bukan sekadar tengok pameran biasa, tapi ada aktiviti rare yang korang takkan dapat di tempat lain.
- Lawatan ke Menara – Tengok sendiri macam mana kawalan dari atas menara penjara.
- Persembahan Prison Stopper – Demonstrasi unit khas dalam mengendalikan banduan.
- Simulasi Sebat Rotan – Nak tahu macam mana hukuman sebat dilakukan? Saksikan sendiri.
JANGAN TERLEPAS PELUANG
Kalau korang memang suka benda-benda bersejarah atau nak pengalaman lain daripada yang lain, ini tempatnya. Masuk PERCUMA, aktiviti best, dan hanya satu hari sahaja.
Takkan nak lepaskan peluang rare macam ni? Jom ke Muzium Penjara Malaysia