Kalau dah lama plan nak ke A’Famosa Water World, inilah masanya. Pada 20 Februari 2025, korang boleh masuk PERCUMA tapi hanya untuk 700 orang pertama sahaja. Ini semua sempena Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
DETAIL PENTING
- Tarikh: 20 Februari 2025
- Waktu Operasi: 10:00 pagi - 7:00 petang
- Tempat: A’Famosa Water World, Melaka
- Kapasiti Terhad: 700 orang sahaja
CARA NAK MASUK PERCUMA
- Warganegara Malaysia sahaja – kalau bukan rakyat Malaysia, kena beli tiket.
- Bawa Kad Pengenalan – Setiap satu IC hanya layak untuk satu tiket.
- First come, first serve – Siapa sampai dulu, dia dapat.
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI
Kalau korang jenis suka main air, Water World ni memang wajib pergi. Dengan pelbagai gelongsor gempak dan kolam besar, confirm puas hati. Tapi ingat, 700 orang pertama je dapat masuk percuma. Jadi, jangan datang lambat kalau tak nak kecewa.
Tag kawan-kawan, plan awal, dan jom serbu A’Famosa Water World!