HalalXPlorer Logo
melaka wonderland masuk percuma
18 February 2025

MELAKA WONDERLAND BAGI MASUK PERCUMA, SIAPA TAK NAK?!

Kongsikan:

Korang dah ready untuk splash dan thrill tanpa bayar satu sen pun? Melaka Wonderland Theme Park & Resort tengah buat gila-gila best – MASUK PERCUMA sempena Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan pada 20 Februari 2025 (Khamis)!


APA YANG PERLU KORANG TAHU?

  • Hanya untuk warganegara Malaysia (Sorry geng luar negara, korang kena beli tiket )
  • Waktu operasi: 9:00 pagi - 5:00 petang (Last masuk pukul 4:00 petang)
  • Terhad kepada 4,000 pengunjung sahajaFirst Come, First Serve! Jangan lambat, nanti melepas!
MELAKA WONDERLAND BAGI MASUK PERCUMA, SIAPA TAK NAK?!

CARA NAK TEBUS TIKET PERCUMA

  • LIKE, SHARE & FOLLOW akaun TIKTOK Melaka Wonderland Theme Park – Wajib geng!
  • SCAN QR CODE & DAFTAR AWAL (3 hari sebelum datang!) – Kalau tak, jangan nangis kat kaunter nanti.
  • Tunjukkan screenshot bukti LIKE, SHARE & FOLLOW masa nak masuk. Tak ada? Bye-bye tiket free!

APA YANG BEST KAT MELAKA WONDERLAND?

  • Kamikaze Racer – Gelongsor curam buat jantung luruh!
  • Tornado Chaser – Pusing-pusing dalam corong raksasa, memang adrenaline rush!
  • Adventure Island – Port wajib untuk family & budak-budak!
  • Lazy & Crazy River – Nak chill atau nak kena ombak? Pilih je!
  • Big Wave Pool – Rasa macam tengah surfing kat pantai sebenar!
Melaka Wonderland

NAK CEPAT? INI TIPS PENTING!

  • Datang awal – Sebab 4,000 tiket je available! Kalau datang lambat, menangis dalam kereta je.
  • Sediakan screenshot pendaftaran & TIKTOK share – Tak nak buang masa beratur lama!
  • Pakai pakaian renang sesuaiJeans & baju biasa TIDAK dibenarkan!
  • Jangan bawa makanan luar – Semua kena beli dalam taman tema.

PENTING: SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

  • Tak boleh tempah untuk group (Family Day, Event, etc.)
  • Tak sah untuk promosi lain – Nak free? Ikut rules okay!
  • Pihak pengurusan tak tanggung kecederaan, kehilangan barang & kerosakan – Jaga barang masing-masing!

JOM AJAK SEKAMPUNG!

Ni peluang setahun sekali kot! Jangan fikir banyak – 20 FEBRUARI 2025 jom mandi puas-puas & nikmati semua ride best tanpa bayar satu sen pun!

Tag kawan-kawan & share berita gempak ni! Siapa tak share, rugi besar!

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA