HalalXPlorer Logo
muzium melaka bandaraya bersejarah
18 February 2025

Masuk Percuma ke Semua Muzium di Melaka 20 Februari Ini !

Kongsikan:

Korang team suka sejarah atau team "last datang muzium masa sekolah"?

Tak kisah mana satu, 20 Februari 2025 ni WAJIB datang muzium! Sempena Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, SEMUA muzium dan galeri bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) buka secara PERCUMA untuk warganegara Malaysia!


KENAPA KENA MASUK MUZIUM?

  • Sejarah bukan sekadar buku teks! Kat sini, korang boleh tengok artifak rare, pameran interaktif & kisah-kisah sejarah yang mind-blowing!
  • Ajak family & kawan-kawan! Aktiviti santai, tapi penuh ilmu – sesuai untuk cuti sekolah & weekend getaway!
  • Banyak gila pilihan! Dari Muzium Samudera sampailah ke Muzium Istana Kesultanan Melaka, semuanya ada!
muzium di melaka

LIST MUZIUM YANG BOLEH DIKUNJUNGI

  • Muzium Samudera (Kapal Besar tu geng!)
  • Muzium Istana Kesultanan Melaka
  • Muzium Cheng Ho
  • Muzium Rakyat
  • Muzium Sejarah & Etnografi
  • Muzium Al-Quran
  • Muzium Islam Melaka
  • Muzium Seni Bina Malaysia
  • Dan banyak lagi!

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN PERCUMA

  • Tunjuk IC – Wajib bawa MyKad/MyKid & tunjuk dekat kaunter.
  • Scan QR Code – Setiap muzium ada QR Code khas, korang kena scan dulu sebelum masuk.
  • Warganegara sahaja – Kalau bukan rakyat Malaysia, kena beli tiket.

TARIKH & MASA

  • Tarikh: 20 Februari 2025
  • Masa: 9:00 pagi – 5:00 petang

TIPS UNTUK TRIP MUZIUM YANG LAGI BEST!

  • Datang awal – Muzium popular confirm ramai orang.
  • Bawa air & pakai pakaian selesa – Melaka panas, geng!
  • Plan laluan muzium korang – Banyak muzium dalam satu area, boleh jalan kaki je!

JOM SERBU MUZIUM!

Setahun sekali je dapat masuk FREE macam ni! So, ajak family, geng sekolah, pakwe/makwe untuk explore sejarah negara kita dengan cara yang lebih fun & santai!

Tak payah fikir panjang… MUZIUM KAN ADA!

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA