HalalXPlorer Logo
asean 2025 summit kuala lumpur
22 May 2025

Siap Sedia, Lebuhraya Besar & 25 Jalan Utama Bakal Ditutup Sempena Sidang ASEAN !

Kongsikan:

Bermula Jumaat ni sampai 28 Mei, beberapa kawasan utama sekitar Lembah Klang akan alami penutupan jalan secara berperingkat. Bukan sikit tau – melibatkan 6 lebuhraya besar dan lebih 25 jalan utama, termasuk laluan ke KLIA, Subang, KLCC, dan Istana Negara.

Kenapa? Sebab Malaysia tengah jadi tuan rumah untuk Sidang Kemuncak ASEAN 2025. Sepanjang tahun ni, lebih 300 mesyuarat dan program penting akan berlangsung, dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”. So memang agak hectic sikit dekat ibu kota.

image
Kredit Gambar : Free Malaysia Today

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, laluan-laluan ni akan ditutup secara berkala – dalam lingkungan 30 minit je sekali tutup – untuk beri laluan kepada konvoi delegasi dari pelbagai negara.

Antara lebuhraya utama yang bakal ditutup termasuklah Lebuh KLIA, ELITE (KLIA-Putrajaya), NKVE (Subang ke Jalan Duta), GUTHRIE, PLUS, MEX, dan KL-Seremban. Selain tu, jalan-jalan seperti Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Imbi, Jalan Kuching, dan kawasan sekitar KLCC juga akan terjejas. Senang cakap, kalau korang biasa lalu tengah-tengah KL – memang kena bersedia dari awal.

Hari paling sibuk dijangka 26 dan 27 Mei, sebab banyak ketibaan VIP berlaku waktu tu. Jalan-jalan sekitar KLCC akan tutup beberapa kali dalam sehari – pagi, petang dan malam – ikut ketibaan delegasi.

Pihak polis juga akan buat latihan raptai selama dua hari berturut-turut, iaitu pada 21 dan 22 Mei. Hari pertama untuk konvoi negara ASEAN, dan hari kedua untuk negara GCC. Simulasi ni pun dijalankan ikut waktu sebenar – dari hotel ke KLCC, kemudian ke Istana Negara untuk Santapan Diraja, dan seterusnya ke lokasi makan malam gala. Even waktu hujan pun diorang teruskan latihan sebab nak pastikan semua logistik dan keselamatan tip-top masa hari sebenar nanti.

Peringatan untuk korang yang drive – jangan parking sesuka hati sepanjang laluan yang akan ditutup tu. Polis akan ambil tindakan termasuk towing kalau perlu. Dan kalau korang bawa lori atau kenderaan berat, korang tak dibenarkan masuk ke pusat bandar antara 6.30 pagi hingga 7.30 pagi dan 4.30 petang, bermula sekarang sampai 28 Mei.

So, untuk korang yang kerja kat KL atau ada urusan dalam bandar, plan route betul-betul. Kalau boleh elak masuk town, elak je lah. Nak selamat, naik public transport atau work from home kalau boleh nego dengan bos.

Macam biasa, untuk info trafik terkini, korang boleh follow update dari PDRM dan PLUS kat media sosial.

Jangan cakap kita tak warning!

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA