Kalau korang jenis traveller yang suka cabaran ringan, air terjun yang real dan view yang tak memerlukan filter — Telaga Tujuh Waterfall (a.k.a. Seven Wells Waterfall) kat Langkawi ni memang tempat wajib singgah. Terletak dalam kawasan Machinchang Cambrian Geoforest Park, air terjun ni bukan sekadar cantik tapi penuh elemen semula jadi yang wow dan cerita lagenda yang menjadikan tempat ni lebih magikal dari biasa.
Apa Yang Buat Telaga Tujuh Unik?
Nama “Telaga Tujuh” datang daripada 7 kolam semula jadi yang terbentuk daripada aliran air yang turun dari 7 tingkat air terjun. Air ni mengalir melalui batu licin, membentuk natural waterslide dan kolam jernih yang sentiasa sejuk — port paling best untuk healing bila dah berpeluh-peluh panjat tangga.

Air terjun ni sebenarnya ada dua bahagian utama:
1. Kolam Bawah – Untuk Semua Orang
Naik sekitar 200 anak tangga je, korang dah sampai kawasan bawah air terjun. View dia menghadap tebing 91 meter tinggi dan ada kolam besar kat kaki tebing. Tempat ni paling sesuai untuk family trip atau traveller yang tak nak terlalu penat, tapi masih nak mandi kolam semula jadi yang jernih gila.

2. Kolam Atas – Untuk Yang Suka Cabaran
Kalau korang sanggup teruskan pendakian sampai 638 anak tangga, welcome to the real deal: kolam-kolam di atas air terjun. Kat sinilah terletaknya tujuh telaga pelbagai bentuk dan kedalaman. Air sungai mengalir dari satu kolam ke kolam lain dan membentuk slide semula jadi yang serious fun.

Tapi hati-hati – ada satu kolam dekat hujung tebing macam infinity pool semula jadi, dan arus kat sini boleh jadi kuat tanpa disangka. Jangan cuba-cuba berenang dekat tepi kecuali korang betul-betul tahu apa yang korang buat.

Cerita Lagenda: Mandi Bersama Pari-Pari?
Mengikut cerita orang lama, tujuh telaga kat sini adalah tempat mandi pari-pari. Sebab tu air kat sini dikatakan ada unsur penyembuhan. Tak tahu betul ke tak, tapi yang pasti – lepas mandi kat sini, memang segar semacam.
Tips Travel ke Telaga Tujuh
Lokasi: Sebelah Oriental Village, berhampiran stesen kereta kabel Langkawi. Senang nak buat sekali jalan.
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 7:00 malam
Bayaran Masuk: Percuma
(RM2–RM4 untuk parking)
Waktu Terbaik Untuk Lawat:
September – Disember masa musim hujan, air banyak dan cantik. Tapi kena hati-hati sebab batu licin. Pakai kasut grip okay?
Bawa Bekalan Sendiri: Tak banyak fasiliti kat atas, so pastikan bawa air minum cukup, makanan ringan dan tuala kalau nak mandi.
Beware Si Monyet: Comel tapi opportunist. Jangan bawa plastik atau buka beg sembarangan – nanti hilang barang!
- Jetty Point Langkawi – Port Masuk, Port Shopping, Semua Ada
- Four Seasons Resort Langkawi – Destinasi Tropika Mewah dalam Pelukan Alam Semula Jadi
- Songkran: Festival Meriah Bertembung Dengan Sensitiviti Agama – Apa Kata Hukum Islam ?
- Mufti Pulau Pinang Desak Tindakan Tegas Isu Tarian Separuh Bogel di Festival Songkran Batu Ferringhi
- Isu Pesta Songkran di Batu Feringghi: MBPP Akan Ambil Tindakan, Umat Islam Diingatkan Jauhi Penglibatan
Worth It Tak?
Kalau korang jenis suka tempat alam semula jadi yang belum dikomersialkan sangat, tak ramai orang, dan ada elemen adventure sikit — Telaga Tujuh memang syurga kecil yang korang tengah cari. Mandi air gunung, hiking ringan, view langit-langit Langkawi dari puncak — it’s a complete jungle-to-refreshing-pool experience.

Dan ya — tak perlu bayar satu sen pun masuk. Just effort dan stamina. Berbaloi gila.
Nak trip Langkawi yang lain daripada Pantai Cenang?Panaskan kaki, isi botol air, dan panjat Telaga Tujuh. Air terjun ni akan buat korang rasa macam masuk dunia lain.