Korang tak salah baca – MASUK PERCUMA weh! Sempena Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, Zoo Melaka bagi free entry untuk semua rakyat Malaysia. Tapi jangan main redah je, kena tebus tiket dekat kaunter dengan MyKad/MyKid!
Waktu Operasi
- Tarikh: 20 Februari 2025 (Khamis)
- Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
- Last entry: 4.00 petang
Syarat-Syarat Penting!
- Kena tunjuk MyKad/MyKid untuk dapat tiket percuma
- Pelancong asing & bukan pemegang MyKad kena bayar harga asal
- Tak boleh bawa kamera besar, drone & buat live streaming dalam zoo
- Ada peluang bagi makan haiwan, tapi kena bayar RM5 untuk satu set makanan
- Zoo boleh tutup kalau cuaca teruk (hujan lebat, ribut, pokok tumbang etc.)
- Jaga barang sendiri – hilang atau rosak, pihak zoo tak bertanggungjawab
Ada Soalan? Contact je!
- 018-260 9063 / 011-1285 2789
- www.zoomelaka.gov.my
Dah tak ada alasan nak duduk rumah! Jom celebrate cuti umum dengan family kat Zoo Melaka – FREE masuk beb!