Sejak 18 Mac 2020, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah pun dijalankan di Malaysia akibat penularan wabak covid-19 yang semakin menjadi-jadi. Pada masa itu, kes penularan covid-19 di Malaysia mulai mencecah ratusan kes. Maka, Perdana Menteri mula mengisytiharkan PKP selama 2 minggu. Kemudian bertambah 2 minggu lagi, dan dilonggarkan kepada PKPB ( Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat selama 4 minggu lagi sehingga kini masih belum berakhir.
Namun sepanjang PKP dijalankan, rakyat Malaysia tetap patuh kepada arahan untuk duduk dirumah dan keluar apabila perlu. Walaupun pada mulanya masih ada segelintir rakyat yang masih berdegil tetapi sekarang kita mula serasi dengan norma baharu.
Sedar atau tidak, sebenarnya terdapat banyak hikmah PKP ini dijalankan tetapi pada hari ini kami akan memfokuskan hikmah PKP kepada travellers seperti anda.
1) Peluang untuk merancang percutian seterusnya
Sumber: goingawesomeplaces
Sebelum PKP, anda mungkin sibuk dengan pelbagai tanggungjawab. Tanggungjawab anda terhadap keluarga, kawan-kawan dan diri sendiri. Namun, sejak PKP dijalankan, tanggungjawab yang selama ini anda lakukan tidak boleh diteruskan seperti biasa. Jadi, anda mempunyai masa yang sangat banyak di rumah memandangkan kita tidak boleh keluar dari rumah seperti dahulu melainkan perkara yang penting sahaja.
Sambil-sambil anda duduk dirumah sahaja buntu tidak tahu nak buat apa, apa kata anda gunakan masa yang ada untuk terus melakukan kajian dan mencari info yang terbaru mengenai tempat-tempat yang anda ingin lawati. Mungkin sebelum ini juga anda ada melakukan senarai negara/tempat yang anda akan lawati tetapi anda tidak sempat untuk mencari info yang lebih lanjut dan merancang percutian anda dengan teratur. Nah, inilah masanya untuk anda susun semula dan kemaskini rancangan percutian anda.
2) Menyimpan duit untuk tabung travel
Sumber: dealsshutter
Memandangkan pergerakan kita terhad, perbelanjaan harian kita juga akan menurun jika dibandingkan dengan perbelanjaan sebelum PKP dijalankan. Seperti contoh, minyak kereta, tol, tambang pengangkutan awam dan perbelanjaan makan yang sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Kini kita tidak perlu lagi mengelurakan duit untuk semua perbelanjaan harian kita sebelum ini. Bukanlah bermakna kita tidak berbelanja langsung, kita cuma mengeluarkan duit untuk membeli barang basah dan keperluan rumah yang sudah habis mungkin seminggu sekali sahaja. Jimat bukan?
Walaubagaimanapun, kita sepatutnya bersyukur kes penularan covid-19 ini semakin menurun dan PKP juga telah pun bertukar ke PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) telah memberi kelonggaran kepada kita dengan membolehkan beberapa sektor pekerjaan berjalan seperti biasa.
Justeru itu, bagi sesiapa yang sudah mula bekerja, secara tidak langsung dapat memudahkan anda untuk menyimpan duit ke dalam tabung travel anda. Bagi yang tidak boleh kembali bekerja, anda dahulukan keperluan harian dahulu, jika ada lebih bolehlah masukkan sedikit kedalam tabung travel. Jika tak banyak , sedikit pun tidak mengapa.
3) Mengeratkan hubungan dengan saudara yang terdekat
Sumber: kifarahmedia.com
Jika sebelum ini pantang dapat cuti anda mesti pergi travel, ada peluang masa dan duit anda terus pergi travel. Sekarang, anda tidak lagi boleh pergi travel meskipun anda sekarang mempunyai masa dan duit yang banyak! Jadi, sementara anda tidak boleh pergi travel ini, sebaiknya anda ambillah peluang ini untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga anda.
Lakukan segala aktiviti bersama-sama di rumah bersama keluarga seperti memasak, mengemas rumah, menonton TV, beriadah dan banyak lagi. Di samping itu, anda eratkanlah hubungan sesama saudara yang duduk berdekatan dengan anda. Selagi mana rumah sedara anda di kampung atau didalam negeri yang sama, sekali-sekala anda datanglah jenguk mereka ataupun hantarkan makanan kepada mereka. Bukan pergi melawat hari-hari ya!
Mana tahu walaupun anda hanya melakukan ziarah sekali atau beri makanan sekali sahaja, ianya menjadi titik permulan anda untuk merapatkan lagi silaturrahim sesama mereka kan? Jika selama ini anda selalu membawa diri anda jauh mengembara, inilah masanya untuk kita menghargai orang yang terdekat dengan kita. Betul tak?
4) Masa untuk anda membersihkan memori kamera/telefon bimbit
Sumber: medium.com
Anda sudah banyak berjalan ke sana ke sini, travel ke berpuluh-puluh negara pasti anda mempunyai ratusan atau cecah ribuan gambar hasil dari percutian anda sebelum ini kan? Apa kata anda muat naik gambar-gambar anda ke sosial media atau simpanan online seperti 'google photos' atau 'cloud' untuk meringankan memori telefon atau kamera anda.
Apabila anda memuat turun gambar percutian anda, sedikit sebanyak dapatlah dijadikan sebagai pengubat rindu kepada geng-geng travel anda malah untuk diri anda sendiri juga!
5) Mengasah bakat terpendam anda
Sumber: skedsocial.com
Kadang-kadang anda sendiri pun tidak perasan dan menyangka bakat yang ada pada diri nda? Kami maksudkan kemahiran anda mengedit gambar atau video. Anda sudah ada gambar, telefon bimbit, laptop, masa yang banyak kan? Apa kata anda cuba asah lagi bakat mengedit anda. Semoga percutian anda selepas ini , anda dapat menghasilkan gambar dan video yang lebih cantik daripada sebelum ini!
Alang-alang anda dah ada bakat tu, kalau anda memuat turun gambar-gambar percutian anda, mana tahu anda boleh menjadi 'Travel Influencer' ? Jika anda menjadi 'Travel Influencer' anda juga boleh menghasilkan duit untuk menjadi 'passive income' anda. Sekurang-kurangnya tidaklah terbazir masa terluang anda dirumah kan? Kalau rajin lagi, anda kongsilah perjalanan percutian anda di blog. Pun boleh buat duit juga .
Sumber: libur.com.my
Setakat ini, inilah dia 5 hikmah PKP kepada travellers yang boleh kami kongsikan bersama anda. Mari kita bersama -sama berdoa agar covid-19 dihapuskan dari dunia ini secepatnya. Anda boleh 'search' artikel berkenaan PKP di bahagian atas website kami. Antara topik berkenaan PKP yang anda wajib baca, sila klik disini. Jika anda mahu mendapatkan info terbaru, tips travel, dan tempat-tempat yang menarik mengenai travel, sila like page facebook kami di SurgaRoute dan teruskan membaca di website kami ini.
Sekian sahaja dari kami di SurgaRoute. Kami Kongsi, Anda terokai.