HalalXPlorer Logo
28 December 2020

Kapal persiaran dilengkapi roller coaster dirancang untuk berlayar April 2021

Kongsikan:

Bila tamat pandemik nanti, jom kita cuba naik roller coaster atas Kapal Persiaran Mardi Gras, kapal pertama yang dilengkapi fasiliti itu di dunia.

kapal persiaran mardi gras

Kapal yang diberi jolokan sebagai “Fun Ship” itu dibina dengan kapasiti untuk menampung sehingga 6,500 penumpang, menjadikannya sebagai kapal persiaran terbesar yang dimiliki dan dioperasikan oleh Carnival Cruise Line. Buat masa sekarang, mereka telah mempunyai 23 biji kapal persiaran.

Tetapi, orang ramai harus menunggu pandemik berakhir sebelum boleh merasai pengalaman ini kerana pihak pengurusan masih belum mendapat kebenaran berlayar dari pihak autoriti.

Sekarang, Fun Ship dirancang untuk dilancarkan pada April 2021 untuk berlayar di lautan Caribbean, namun sehingga kini masih lagi belum mendapat kebenaran Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Selain roller coaster, kapal bernilai AS$905 juta (RM3.85 bilion) dan seberat 180,000 tan itu turut menawarkan fasiliti seperti panggung wayang, gelongsor air, zip line, dan kereta Fiat 1972 yang dipamerkan di kawasan terbuka.

Sementara itu, Mardi Gras turut beroperasi menggunakan cecair gas asli yang mengurangkan kesan perlepasan karbon sebanyak 20 peratus berbanding diesel marin.

Jangan risau kerana kapal itu turut dilengkapi dengan kemudahan moden seperti pintu gelas di tandas setiap kabin, tab panas (hot tub) peribadi, khas untuk pelanggan Excel Suites dan akses kepada dek matahari dengan kabana.

Kami Kongsi. Anda Terokai !

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA