Ramai yang menganggap membawa ibu-bapa atau warga emas travel bersama adalah satu perkara yang membebankan. Mereka juga tidak mahu menyusahkan kita tetapi lumrah kehidupan yang tua tidak sekuat yang muda.
Jadi kami mahu berkongsi dengan anda beberapa persediaan yang anda perlu ambil kira sebelum anda pergi travel bersama ibu-bapa anda atau golongan warga emas.
Persediaannya bermula daripada sebelum travel,semasa travel dan selepas travel. Disini kami senaraikan perkara yang perlu anda lakukan sebelum, semasa dan selepas anda travel bersama warga emas untuk anda.
Persediaan sebelum travel:-
1) Destinasi
Sebaiknya anda berbincanglah dengan ibu-bapa anda tentang destinasi yang mana mereka mahu lawati. Jika anda sudah ada cadangan, bentangkan cadangan anda dan mintalah pendapat mereka.Sekiranya okay sahaja, anda boleh teruskan ke langkah seterusnya. Jika cadangan anda tidak diterima, bincang elok-elok , ambil kira dari sisi positif dan negatifnya. Kita bukan mahu travel solo untuk membuat keputusan semuanya sendiri kan?
Pastikan destinasi yang dipilih bersesuaian seperti contoh tidak melawati gunung-ganang yang memerlukan kepada pendakian. Aktiviti ini tidak sesuai dilakukan oleh orang tua.
2) Penginapan
Sumber: https://www.jelajahmaya.com/
Pastikan anda membuat 'research' dan 'survey' hotel-hotel atau tempat penginapan yang selesa. jangan asal boleh je. Ingat, keselesaan orang tua kita lebih penting. Tidak mengapalah kita melaburkan duit lebih sedikit untuk syurga kita kan? Selain itu, pastikan kedudukan tempat penginapan tidak terlalu jauh dengan destinasi yang hendak dilawati dan dikunjungi. Jika ada pilihan, pilihlah penginapan yang dekat. Jika betul-betul tiada pilihan, pilih yang terdekat.
3) Penerbangan
Sumber: /www.12fly.com.my/
Kami sarankan untuk anda membeli tiket penerbangan non stop (direct) bagi elakkan dari ketinggalan . Selain itu,' connecting flight ' atau 'transit flight' akan memenatkan dan membazir masa. Kasihan kepada ibu-bapa kita, jika kita travel solo atau dengan orang yang masih kuat kudratnya bolehlah ambil 'transit flight' ini.
4) Bahagi giliran bersama ahli keluarga
Sumber:thevocket.com
Tetapkan dan bahagikan giliran kepada adik beradik atau ahli keluarga yang lain untuk jadi 'person in charge' menjaga ibu-bapa anda seperti contoh menolak kerusi roda . Bukanlah bermakna apabila giliran seorang yang menjaga yang lain buat endah tak endah sahaja. Cuma 'person in charge' ini lebih peka dan sentiasa disisi ibu-bapa. Barulah tiada isu tidak adil sekaligus dapat melancarkan percutian anda. Di smaping dapat mengeratkan lagi hubungan antara setiap ahli keluarga dengan ibu-bapa kan.
5) Status kesihatan
Penting untuk anda tahu status atau tahap kesihatan ibu-bapa anda. Buatlah pemeriksaan di hospital untuk tahu perkembangan terkini kesihatan ibu-bapa anda. Jika ibu-bapa anda menghidap sesuatu penyakit, ambil tahu informasi lengkap tentang penyakit yang dihidapi mungkin dari segi pantang larang pemakanan dan sebagainya.
6) Lengkapkan & kemaskan keperluan mereka
Sumber: aol.com
Selepas anda tahu perkembangan kesihatan mereka, segala jenis ubat-ubatan yang berkaitan anda perlu sediakan. Untuk keperluan peribadi ibu-bapa anda, sediakan juga pakaian yang bersesuaian, set 'toiletries' , pad jika perlu dan juga aksesori tambahan( kerusi roda, tongkat). Tayakan juga kepada mereka, keperluan lain yang mereka perlukan. Kemaskan untuk mereka dan letakkan di satu tempat, nanti di hari kejadian tinggal ambil sahaja.
Persiapan ketika hari kejadian:-
1) Dokumen pengenalan diri
Sumber:therakyatpost.com
Passport ibu-bapa anda kalau boleh biar sahaja anda yang tolong pegangkan dahulu. Bila sampai di airport untuk 'check-in' barulah beri kepada mereka. Selepas itu pegangkan dan simpankan semula passport mereka.
2) Periksa keperluan dan barang-barang
Sumber : https://shemazack.com/
Sebelum bertolak ke 'airport' pastikan bilangan beg dan segala keperluan yang telah anda kemaskan sebelum ini cukup. Kami juga ada menulis artikel mengenai keperluan asas untuk travel, boleh klik disini.
Tips ketika travel:-
1) Selesaikan mereka dahulu
Setelah anda dan ibu-bapa anda masuk ke dalam kapal terbang, pastikan anda menolong ibu-bapa anda dahulu untuk memakai tali pinggang, jangan harapkan staff kabin sahaja. Dahulukan mereka dan barulah kita selesaikan bahagian kita.
2) Gunakan keistimewaan yang ada
Jangan sia-siakan keistimewaan yang khas untuk warga emas seperti barisan beratur khas, diskaun tiket dan kemudahhan awam.
3) Peka dengan keadaan mereka
Anda hendaklah sentiasa peka dengan keadaan ibu-bapa anda. Walaupun belum masuk waktu untuk makan, rajinkan diri untuk bertanya adakah ibu bapa anda lapar atau haus atau perlu untuk pergi tandas buang air kecil. Tanyakan juga kepada mereka adakah mereka penat, Jika ya, berhenti rehat dahulu atau terus balik ke penginapan. Kadang-kadang mereka takut untuk memberitahu kita kerana tidak mahu menyusahkan kita. Padahal itu tanggungjawab kita,jadi seringlah bertanya keadaan diri mereka ya.
4) Jangan lepaskan mereka dari pemerhatian anda
Jangan lupa kepada giliran yang telah anda tetapkan sebelum ini. Ingatkan ahli keluarga anda jika mereka terlupa. Ini sangat penting supaya kita tidak terlepas pandang atau membiarkan ibu-bapa kita keseorangan tanpa kita sedari.
5) Jangan pentingkan diri
Jangan sedih jika rancangan yang anda telah buat tidak dapat diikuti sepenuhnya. Contohnya, ada bebrapa tempat yang anda tidak sempat pergi dek kerana kepenatan ibu-bapa anda. Tidak mengapa, kita senangkan mereka mana tahu kita ada rezeki lagi untuk pergi kes itu dan selesaikan tempat yang kita tak sempat pergi tu pada lain hari kan?
Selepas travel:-
Periksa kesihatan mereka
Kita tahu, ada sesetengah orang memang senang nak demam atau selsema selepas balik dari sesuatu tempat. Mungkin sebab kepenatan dan juga 'anti-body' yang lemah. Selepas anda tahu status kesihatan ibu-bapa anda, biarkan mereka berehat dengan secukupnya.
Sumber: islam itu indah
Travel bersama ibu-bapa warga emas ini memang memerlukan kos yang lebih sedikit demi keselesaan dan kelancaran percutian. Jika anda jenis backpackers tegar, seeloknya berehat dahulu dari style macamtu ketika membawa ibu-bapa. Jadi, anda boleh lah bersiap sedia dari sekarang jika anda ada rancangan untuk bawa ibu-bapa anda travel bersama! Mereka juga mahu berjalan cuma mereka tak cakap je jadi selagi mereka hidup bawalah mereka berjalan-jalan.