Vietnam bukan sekadar syurga membeli-belah, tapi juga ‘perangkap pelancong’ kalau tak tahu trick yang betul! Jadi sebelum fly ke sana, wajib baca 15 tips ni supaya tak kena scam dan percutian korang jadi smooth.
1. Tak Perlu Tukar Duit Banyak ke Dong
Sekarang hampir semua tempat di Vietnam dah terima Ringgit Malaysia (RM), jadi tak perlu bazir masa tukar duit banyak sangat. Tukar sikit je untuk tambang teksi atau makan di tempat kecil.
2. Jangan Pakai Barang Kemas
Kalau pakai rantai emas atau gelang, penjual automatik naikkan harga barang sampai langit ketujuh! Better tinggalkan semua barang kemas kat hotel atau rumah je.
3. Pickpocket Level Boss!
Dekat Vietnam, scammer dan penyeluk saku sangat licik. Jangan sesekali sandang beg di belakang, lebih baik bawa sling bag dan pegang ketat-ketat.
4. Beca Boleh Jadi Perangkap!
Mula-mula harga okay, tapi bila dah sampai destinasi, tiba-tiba caj jadi beratus-ratus ringgit! Better elak naik beca kalau tak nak dompet menangis.
5. Jangan Naik Teksi Motor Tak Berdaftar
Teksi motor memang nampak murah, tapi kalau naik yang tak berdaftar, harga boleh jadi lebih mahal dari teksi biasa! Pakai Grab atau guna syarikat teksi yang trusted je.
6. Shopping di Pasar Ben Thanh = Survival Mode!
Penjual dekat sini memang high pressure. Jangan main ambil barang kalau tak nak beli, sebab ada yang marah atau paksa beli.
7. Saiz Baju Kadang-Kadang Scam!
Kalau korang beli size XXL, pastikan check betul-betul sebab kadang-kadang penjual jahit sendiri satu ‘X’ tambahan supaya nampak XXL padahal sebenarnya XL.
8. Barang Display Selalu Lebih Berkualiti
Kalau boleh, beli barang yang dipamerkan atas meja. Barang yang diambil dari bawah meja kadang-kadang tak sama kualiti.
9. Jangan Convert Duit Depan Penjual
Kalau convert Dong ke RM masa bayar, penjual mungkin akan caj lebih mahal tanpa korang sedar. So, kira siap-siap sebelum pergi beli!
10. Jangan Harap Nak Tukar Barang
Dekat Vietnam, kebanyakan kedai ada polisi ‘No Refund, No Exchange’. So sebelum beli, fikir dua tiga kali.
11. Jangan ‘Terima’ Kacang Free!
Penjual akan offer kacang rebus secara ‘percuma’, tapi kalau ambil je terus kena caj harga melampau! So, senyum je dan say ‘No, thanks’.
12. Jangan Minum Air Berais dari Gerai Jalanan
Ais kat sana kadang-kadang kotor dan boleh buat tekak sakit atau batuk teruk. Nak selamat, beli air botol je.
13. Hospital Vietnam Mahal Gila!
Kalau sakit, avoid pergi hospital sebab appointment dengan doktor je boleh cecah USD500! Better bawa ubat sendiri dari Malaysia.
14. Ada Masalah? Cari Tour Guide!
Kalau ada apa-apa masalah dengan penjual atau scammer, terus refer kepada tour guide kalau korang ada. Mereka lebih tahu macam mana nak handle situasi.
15. #ExtraTips – Tawar Harga Sampai 50%
Harga yang penjual bagi selalunya overprice. Cuba tawar sampai 50%, kalau dia tak bagi, gerak je. Ada 70% kemungkinan dia akan panggil balik dan bagi harga yang korang mintak!
Selamat Melancong dan Melontar di Vietnam!
Jangan lupa share tips ni dengan geng travel korang supaya semua selamat daripada kena scam! Happy shopping and makan-makan!