HalalXPlorer Logo
15 June 2020

Taman tema Harry Potter bakal dibuka di Jepun pada 2023, menggantikan Toshimaen yang berusia 94 tahun

Kongsikan:

Nampaknya Universal Studios di Osaka bakal hilang status sebagai satu-satunya tempat bagi Potterheads Jepun untuk mengunjungi Dunia 'ahli Sihir' yang ajaib. ??

Pada 12 Jun, Kyodo News melaporkan bahawa syarikat Kereta Api Seibu secara rasmi mengumumkan akan menutup taman hiburan Toshimaen yang berusia 94 tahun di Nerima untuk memberi laluan kepada taman tema Harry Potter yang baru. Toshimaen akan ditutup pada 31 Ogos dan pembinaan taman tema baru akan dimulakan dengan jangkaan tarikh siap pada separuh pertama 2023.

Yomiuri Shimbun juga melaporkan bahawa Warner Bros akan menyewa sebahagian dari tapak yang dimiliki oleh Seibu Holdings (syarikat ibu/induk Seibu Railway) sementara kerajaan Metropolitan Tokyo akan membeli kawasan yang selebihnya.

Tarikan Taman Tema Harry Potter yang dirancang pula mungkin menyerupai Warner Bros. Studio Tour di London di mana pengunjung dapat melihat set produksi, melihat 'props' yang digunakan seperti tongkat dengan lebih dekat, dan menyusuri jalan Diagon Alley.

Kalau betul, mungkin beginilah rupa taman tema tersebut, kot. Kami tampilkan beberapa video dan gambar taman tema berunsur harry potter yang dimuatnaik dari akaun sosial Warner Bros Studio Tour di London.

https://www.instagram.com/p/B89lazXJkbu/?utm_source=ig_embed
https://www.instagram.com/p/B81idKdFtjI/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again

Walau bagaimanapun, taman baru ini dikatakan tidak akan mempunyai 'rides' seperti yang ada di Universal Studios Japan. Alamak, spoil sikit.

Mengenai kawasan yang akan diselia oleh kerajaan Metropolitan Tokyo, sumber dari Jepun mengatakan bahawa kawasan ini akan digunakan untuk tujuan pencegahan bencana dan menyediakan kemudahan untuk menyelatkan diri sekiranya terjadi gempa bumi atau situasi darurat yang lain. Jepun menjadi Jepun, memang sentiasa siap siaga !

Tak sabar nak tunggu 2023 , kan ?

Kami Kongsi. Anda Terokai

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA