HalalXPlorer Logo
28 May 2020

6 tempat pelancongan yang dikatakan berhantu di Malaysia

Kongsikan:

Kebanyakan tempat-tempat yang menarik mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Cuma bergantung kepada jenis sejarah itu sama ada sejarah itu sejarah yang sedih, sejarah yang gembira atau sejarah yang menyeramkan. Jadi, kami akan bawakan kepada anda senarai tempat pelancongan yang mempunyai sejarah seram dan dikatakan berhantu di Malaysia ini.

Rumah Agnes Keith, Sabah

Rumah Agnes Keith ini salah satu rumah yang masih dipelihara dan dipulihara oleh Jabatan Muzium Sabah. Rumah ini mempunyai 2 tingkat dan boleh dikatakan 100% berasaskan kayu. Jika anda masuk ke rumah ini, anda akan dapat merasakan kehidupan di zaman kolonial kerana perabot-perabot dan segala isi rumah ini begitu antik sekali. Dindingnya dihiasi dengan gambar-gambar keluarganya. Anda akan dapat melihat gambar Agnes, suaminya Harry dan anaknya George apabila menaiki tangga.

Anda pasti tertanya-tanya siapa Agnes Keith ini? Mengapa rumah berhantu ini dinamakan Agnes Keith? Agnes merupakan seorang penulis dari Amerika Syarikat. Karya beliau sangat terkenal dan banyak juga disiarkan di majalah Reader`s Digest. Kemudian beliau berkahwin dengan seorang pegawai konservasi hutan di sandakan , Harry Keith.

Pada asalnya, rumah pertama yang mereka duduki hanya kecil sahaja tapi selepas itu mereka berpindah ke rumah yang lebih besar dan selesa iaitu rumah Agnes Keith ini. Namun, rumah Agnes Keith yang sekarang merupakan rumah yang telah dibina semula kerana rumah asal mereka telah musnah akibat perang dunia kedua ketika Jepun menjajah Sabah.

Agnes Keith telah mengarang 1 buah buku berjudul " Land Below The Wind " yang menceritakan tentang kehidupan masyarakat Sabah dan alam semula jadinya. Fakta menarik, gelaran Sabah negeri di bawah bayu inspirasi dari Karya Agnes itu. Disebabkan itulah, nama beliau dijadikan sebagai nama rumah ini sebagai tanda penghormatan kepadanya.

Namun disebalik rumah yang indah ini, ada sejarah misteri yang ramai orang tidak tahu. Menurut pengalaman Agnes sendiri, beliau menulis " Saya tidak percaya pada hantu. Tetapi setiap hari saya melihat seorang wanita tinggi lampai mengucapkan selamat tinggal kepada suaminya, mengambil bayinya dan turun ke jalan seorang diri, berdiri di hujung jalan dan menoleh ke belakang.”

Penghuni selepas Agnes Keith , Rosemary juga mengalami pengalaman seram ketika suaminya berkerja di Kota Kinabalu dan dia bersendirian. Menurut Rosemary, dia terdengar pintu di bilik hujung ditutup beberapa kali dan mendengar bunyi orang berjalan ke biliknya pada waktu subuh. Setelah dia membuka mata dia ternampak satu lembaga wanita sedang memerhatinya di hujng katil dan kemudian dia pengsan.

Jika anda teruja dan ingin tahu lebih lanjut mengenai sejarah rumah yang dikatakan berhantu ini, anda boleh la melawati Rumah Agnes Keith yang dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Bayaran bagi warganegara ( dewasa ) RM2,
kanak-kanak, pelajar beruniform, OKU, Warga emas dan pemandu teksi percuma bukan warganegara ( dewasa ) RM15,
kanak-kanak bukan warganegara percuma

Kellie's Castle, Perak

Kellie`s Castle merupakan istana lama yang dibina oleh seorang lelaki Scotland yang bernama Smith atau nama penuhnya William Kellie Smith. Beliau datang ke Batu Gajah untuk mengubah nasib hidupnya yang susah di tanah kelahirannya. Beliau bekerja sebagai jurutera awam secara kontrak dengan kerjaan kolonial bagi membina laluan keretapi ke sebuah kuari yang baru dibina.

Sumber gambar: lobakmerah.com

Kemudian, dia bertemu Agnes dan mula berkawan. Akhirnya mereka berkahwin. Pada awal perkahwinan mereka, mereka hanya duduk di rumah banglo kayu yang dinamakan Kellas House. Namun selepas Agnes melahirkan anak pertama mereka Helen, Smith ingin menyediakan rumah yang lebih selesa untuk isteri dan anak anaknya maka terjadilah Kellie`s Castle ini.

Menariknya, Kellie`s Castle ini menggunakan campuran putih telur itik, pasir, gula merah, kapur dan madu sebagai simen. Simen tiada lagi di Malaya pada waktu itu. Maka mereka menggunakan campuran ini untuk dijadikan dinding dan menampal batu marmar diimport dari India, jubin dari Itali, batu bata jenis aprikot buatan Malaya dan kayu cengal.

Dikatakan Kellie1s Castle mempunyai 3 terowong bawah tanah yang menghubungkan ke kuil hindu, ke parkir kereta keluarga Smith dan satu lagi tidak diketahui. Setiap bilik yang ada di Kellie's Castle ini mempunya fungsi yang berbeza dan sepatutnya akan ada lif yang akan dibuat tapi terbantut kerana kematian Smith yang diserang penyakit pneumonia di Lisbon.

Kisah mistik berlaku apabila ada dikalangan pengunjung yang ternampak kelibat Smith di koridor tingkat 2, roh helen yang bergaun putih berambut ikal di bilik. Juga salah seorang naturalis dari kanada datang Kellie`s castle untuk membuat kajian mendakwa terlihat satu lembaga yang menyerupai lelaki Eropah sedang berdiri di salah satu tingkat di Istana itu dipercayai roh Smith.

Jika anda mahu tahu lebih lanjut tentang sejarah lengkap Kellie`s Castle ini, anda rancanglah percutian seterusnya untuk melawat istana ini.

Bukit Cina, Melaka

Kalau dengar perkataan Melaka orang akan teringat A`Famosa tempat yang paling popular dan bersejarah, tapi Bukit Cina ni kurang didengari namun ada sejarah disebaliknya. Bukit Cina ini lah terletaknya perigi puteri Hang Li po. Bukit Cina ini menjadi milik puteri Hang Li Po selepas berkahwin dengan Sultan Melaka kerana kasihnya kepada puteri Hang Li Po.

Jika anda tidak pernah menjejakkan kaki disini, anda akan melihat banyak kubur lama cina di bukit ini. Dikatakan, mayat yang dikebumikan disini akan ditanamkan dengan harta-hartanya sekali.

Dikhabarkan lagi, tempat ini sering dijadikan tempat untuk makcik pakcik orang tua untuk berjogging. Mereka yang berjoging disini mendakwa terlihat kelibat hantu perempuan Cina cantik yang berpakaian baju bangsawan tersenyum melihat kepada yang memandangnya.

Muzium Perang, Pulau Pinang

Muzium Perang Batu Maung Pulau Pinang ini pernah tersenarai 10 tempat yang menakutkan untuk dilawati di Asia. Kenapa Muzium perang ini dikatakan berhantu? Sebernarnya Muzium perang ini adalah bekas tapak binaan tentera British. Kubu disini juga diletupkan apabila Tanah Melayu diserang Jepun bertujuan untuk menghalang tentera Jepun daripada menggunakannya.

Namun, tentera Jepun menjadikan tempat ini sebagai penjara bagi tahanan-tahanan mereka dan menyiksa mereka, tak cukup dengan itu , mereka juga dibunuh disitu. Ada yang dipancung, ada yang diikat. Walaubagaimana pun, terdapat 1 terowong setinggi 4 tingkat yang masih dalam proses eksplorasi. Ada terowong kecil yang anda boleh masuk, cuma kena berani sahajalah. Kalau tak berani, jangan masuk.

Ada pengunjung yang mendakwa bahawa adiknya terlihat kelibat askar jepun sedang berdiri menunggu di tempat simpanan bom.Tempat tahanan dipancung juga kelihatan sangat seram.

Jika anda berjiwa kental atau suka kan paranormal , tempat ini untuk anda. Jika lemah semangat,ajak orang yang berani. huhu.

Muzium Setem, Melaka

Muzium ini dibina sejak era penjajahan Belanda yang merupakan kediaman pegawai Belanda pasa masa itu dan dijadikan kediaman pegawai Inggeris apabila giliran Inggeris pula yang menjajah.

Terdapat banyak koleksi setem malah bukan itu sahaja, koleksi surat juga banyak disini. Bangunan Muzium ini berseni binakan Eropah dan beratapkan seni bina Melayu. Namun disebalik kecantikan dan kemegahan bangunan ini, ada kisah seram yang ramai tidak tahu.

Dikatakan ada rahib yang tinggal disini dan rahib ini sepatutya tidak boleh berkahwin tapi dikhabarkan ada hubungan sulit dan dengan salah seorang askar portugis dan akhirnya mengandunglah rahib tersebut. Kemudian rahib itu ditanam hidup-hidup di belakang rumah ini sebagai hukuman kepada perbuatan yang terlarang itu.

Kelibat rohnya dikatakan masih berkeliaran di muzium ini, mungkin rohnya tidak tenang. Ia selalu dilihat oleh pemilik rumah ini kelibat yang duduk di beranda menghadap ke laut. Anak-anak mereka juga menggelarkan kelibat itu sebagai 'kawan mummy'.

Bukit Fraser, Pahang

Bukit Fraser ni salah satu tempat pelancongan yang popular pada masa dahulu. Pemandangan yang cantik dan udara yang sejuk sangat diminati oleh orang ramai. Namun ada kisah seram yang kemungkinan anda tidak tahu.

Ada sebuah banglo yang telah lama ditinggalkan dan terbiar begitu sahaja tidak berpenghuni. Banglo itu sudah pernah diberikan sewa kepada aorang lain, namun diberhentikan penyewaan kepada sesiapa pun atas sebab masalah ' dalaman' rumah itu. Dikatakan ada tangga dihujung rumah ini yang seram kerana penduduk mendakwa mereka pernah mendengar bunyi kanak-kanak bermain di tangga itu.

Jika anda berminat untuk melihat 'keseraman' banglo ini, anda boleh menonton movie "Misteri Dilaila" yang pernah ditayangkan di pawagam. Cerita "Misteri Dilaila" ini dibuat di banglo ini dan mempunyai 2 kesudahan yang berbeza. Misteri banglo ni pun tidak terungkai , mungkin disebabkan itu Syafiq Yusof pengarah movie ini membuat 2 'ending' yang berbeza.

Jika anda mahu merasakan percutian yang agak berbeza, anda boleh cuba untuk melawat tempat tempat yang seram di atas. Ajak kawan kawan dan ahli keluarga anda juga okay! Kami di SurgaRoute mengucapkan selamat bercuti dan mengembara !

Kami kongsi , Anda terokai.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA