Ramai ibu-bapa yang fobia bila sebut pasal travel dengan anak kecil kan? Ibu-bapa yang tidak pernah ada pengalaman pun seram sejuk je memikirkan macam mana lah nak bawa anak kecil travel sekali. Sebenarnya, bawa anak kecil travel ni tidaklah sesusah dan seteruk yang anda sangkakan. Jika anda rancang dengan teliti percutian anda dan melakukan persediaan yang rapi In shaa Allah semuanya akan baik-baik sahaja.
Jom kita lihat tips travel bersama bayi/anak kecil :-
1) Tips persediaan ibu-bapa
Pertama sekali mengenai pengurusan masa. Ibu-bapa kena awal dalam melakukan segala perkara. Awal merancang, awal mengemas dan tiba awal di airport.
Kedua, anda mesti rancang betul-betul iternari anda. Maksudnya anda perlu memilih tempat dan musim yang sesuai. Ingat, anda bukan travel solo ataupun dengan partner sahaja, anda travel dengan anak kecil .
Ketiga, anda jangan pula buat amalan 'main redah' dengan erti kata 'last minute'. 'Last minute' untuk booking hotel. Naya nanti bila dah sampai ke destinasi baru nak cari tempat untuk menginap. Dibuatnya anak meragam , lagi pening kepala jadinya. Selain itu, anda juga telah membazir masa mencari hotel yang sepatutnya diluangkan untuk benda lain. Untuk bassinet/ baby cot, anda perlu menempah dengan lebih awal kerana tidak semua kapal terbang mempunyai bassinet/ baby cot.
Keempat, latihan percutian (dekat dekat je dulu) Ibu: pakai beg sling sahaja mudah untuk letak passport purse handphone. Tak perlu fancy-fancy
Keperluan yang perlu dibawa
Sebelum anda mula mengemas, anda perlu ada 2 beg yang berasingan untuk membawa keperluan bayi atau anak kecil anda. 1 beg galas untuk anda bawa kemana sahaja, 1 lagi beg biasa yang akan ditinggalkan di hotel.
Pastikan di dalam beg galas khas bayi anda, mempunyai barang-barang seperti berikut:-
1) Pakaian yang bersesuaian
Sumber: netralnews.com
Anda pilihla baju yang bersesuaian dengan musim dan sebaiknya bawa lebih 2-3 helai baju. Nanti senang, kalau anak anda termuntah atau kotor terkena najis, anda boleh tukar baju anak anda. Tips:- Letakkan set baju dan seluar anak anda di dalam plastik 'ziplock' supaya senang tidak tercicir baju / seluar dan plastik itu boleh diletakkan baju kotor didalamnya.
2) Bawa peralatan untuk susukan anak anda
Sumber: popmama.com
Jika anak anda masih menyusu badan, anda boleh 'skip' point ini. Jika anak anda sudah mula menyusu botol, jangan lupa bawa serbuk susu,botol susu dan thermos. Sebaiknya anda gunakan dispenser untuk menyimpan serbuk susu dan thermos yang bersaiz kecil untuk memudahkan anda membancuh susu.
3) Bawa ubat-ubatan
Sumber: amizammohamed.blogspot.com
Anda jangan lupa bawa ubat-ubatan yang wajib mengikut kepada jenis penyakit anak kecil anda. Namun, jika tiada apa apa penyakit yang serius, anda juga sebaiknya membawa ubat demam, krim atau minyak gamat. Hanya sebagai langkah berjaga-jaga, tidak salah kan?
4) Makanan ringan
Sumber: lazada
Makanan ringan seperti biskut, roti . Kot kot nanti anak anda meragam lapar tapi taksampai ke destinasi atau restoran lagi. Haa boleh la bekalan ni untuk alas perut sementara cari kedai makan.
Keperluan tambahan:-
- Tisu basah
Sumber" lazada
Senang nak lap kalau ada air, makanan tertumpah atau anak anda termuntah. Kalau guna tisu biasa je nanti ada lekit-lekit lagi.
- Plastik kosong
Sumber: pmjnews
Plastik kosong ni banyak kegunaanya nanti. Andai kata anda takjumpa tong sampah, nak buang 'pampers' bayi anda kat mana kan? Jadi spare plastik sampah
- Tuala kecil
Sumber: travelinglifestyle.net
Tuala kecil ni untuk lap apa apa sahaja yang banyak kuantitnya. Contohnya macam muntah atau air liur bayi kan.
- 'Stroller Compact'
Sumber: pinterest
Jika anak anda memerlukan stroller, lebih baik anda bawa stroller compact bersama. Anda senang nak bawa dan anak pun senang hati bila naik stroller. Takdelah meragam penat banyak berjalan kan? Rekomendasi kami anda boleh lihat jenama 'pockit'.
- 'Baby Carrier'
Sumber: belianterbaik.aseanpriceblog
'Baby carrier' adalah benda yang paling senang untuk dibawa jika dibandingkan dengan stroller. Cuma ada la kelebihan dan kekurangannya yang terendiri kan. Kalau anda gunakan 'baby carrier', mungkin nanti bahu anda cepat lebuh. Jadi terpulang kepada anda!
- Buku 'Colour' atau mainan baru
Sumber: facebook grosir buku mewarna
Bagi mengelakkan anak anda meregek atau menangis, anda boleh berikan kepada mereka buku 'colour' untuk menghilangkan kebosanan mereka. Anda juga boleh memberikan mainan baru dengan syarat mainan itu tidak berbunyi atau boleh menganggu orang lain. Contohnya seperati tanah liat ataupun lego.
Sebelum naik flight:-
Sebolehnya anda ambil flight di sebelah malam untuk memudahkan anak anda tidur tapi andai kata anda tiada pilihan terpaksa untuk ambil di waktu siang, anda biarkan anak-anak anda bermain sehingga dia penat dan jangan kenyangkan anak sebelum naik flight. Apabila anda sudah naik flight, anda boleh berikan makanan kepada mereka dan mereka akan tidur dalam kekenyangan dan kepenatan.
Semasa naik flight:-
1) Orang terakhir naik ke pesawat
Kebiasaanya kabin krew akan memberi keutamaan dengan memanggil ibu-bapa yang mempunyai anak kecil dahulu untuk naik ke pesawat tapi ini tidak bermakna anda wajib naik dahulu. Cuma diberi keutamaan dan terserah kepada anda untuk ikut atau tidak. Jadi, sebaiknya anda memilih untuk menjadi antara orang yang terakhir naik ke pesawat. Kenapa?
Sebab jika anda naik dahulu, anak kecil anda akan cepat berasa bosan dan kemungkinan besar akan menangis kerana rimas dengan sesakan ramai orang yang sedang sibuk mencari tempat duduk dan meletakkan beg. Namun, jika anda menjadi antara orang yang terakhir naik, anak kecil anda tidak perlu menunggu lama sebelum 'take off' dan tidak rimas kerana kebanyakannya ketika itu semua orang sudah dalam keadaan yang tenang dan bersedia untuk 'take off'.
2) Gunakan babycot/bassinet
Sumber: moneycrashers.com
Buat pengetahuan ibu-bapa sekalian, jika anak anda masih bayi atau anak kecil anda memerlukan buaian untuk tidur, anda boleh menempah babycot/bassinet awal semasa anda menempah tiket flight atau selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh berlepas flight anda.
3) Redakan tangisan anak anda dengan mainan baru/buku 'colour'
Anda bawa sekali 1 atau 2 buku 'colour' sebagai langkah berjaga-jaga andai kata anak anda menangis taknak duduk diam, anda suruh anak anda mewarna sampai dia rasa penat nanti dia akan tidur. Ataupun anda berikan mainan baru kepada anak anda, mereka akan 'excited' untuk main dengan mainan baru.
4) Anda boleh meminta air panas pada kabin krew
Jika anak anda menangis nak susu, anda boleh meminta air panas kepada kabin krew. Mereka boleh berikan kepada anda.
5) Tukar lampin di 'Changing table' di dalam tandas
Sumber: travelingmom.com
Anda jangan risau, di dalam tandas pesawat anda disediakan 'changing table' khas untuk ibu-bapa menukarkan lampin anak-anak mereka. Anda jangan panik okay kalau anak anda 'melabur' nanti. Hehe
Jadi, itulah sedikit sebanyak perkongsian yang dapat kami kongsikan bersama anda. Kami mencuba sedaya upaya membuat panduan dan tips yang lengkap untuk ibu-bapa diluar sana bersiap sedia dan membina keyakinan untuk membawa anak kecil travel bersama mereka.
Semoga bermanfaat dan selamat bercuti ! Kami kongsi, Anda terokai