HalalXPlorer Logo
marriott international dan IOI tandatangani perjanjian
27 June 2021

IOI Properties dan Marriott International tandatangani perjanjian pengurusan hotel

Kongsikan:

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) memeterai perjanjian dengan Marriott International, Inc untuk menguruskan hotelnya iaitu Putrajaya Marriott Hotel dan Palm Garden Hotel di IOI Resort City, Putrajaya.

May be an image of outdoors

Dalam kenyataan hari ini, IOIPG berkata, Putrajaya Marriott Hotel akan ditukarkan daripada pengurusan francais sedia ada kepada kontrak terurus di bawah jenama Premium Marriott Bonvoy.

PUTRAJAYA MARRIOTT HOTEL $65 ($̶7̶6̶) - Updated
Marriott Putrajaya

Manakala Palm Garden Hotel akan ditukarkan kepada pengurusan Marriott International di bawah jenama Tribute Portfolio Marriott Bonvoy, sekaligus menjadi hotel Tribute Portfolio pertama di Malaysia.

Palm Garden Hotel yang mempunyai 151 bilik di atas tanah IOI Resort City berkeluasan 318 Hektar akan menjalani proses ubah suai sebelum dibuka semula pada hujung tahun ini.

May be an image of outdoors and palm trees
Palm Garden Hotel, Putrajaya

Palm Garden Hotel akan menawarkan kepada pelanggan mereka sebuah restoran berkonsepkan Thai, dua kolam renang besar, dan pusat rekreasi.

Naib Presiden Marriott International (Singapura, Malaysia, Maldives), Rivero Delgado, berkata perjanjian itu menandakan komitmen hotel berkenaan untuk memperluaskan kepelbagaian portfolio Marriott Bonvoy di seluruh Malaysia.

Palm Garden Hotel | IOI Properties Group Berhad
Palm Garden Hotel, Putrajaya

Naib Pengerusi Eksekutif IOIPG, Lee Yeow Seng, berkata segmen hospitaliti dan riadah kumpulan itu memanfaatkan kestabilan jenama hotel bertaraf dunianya dalam memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan, di samping tawaran jenama IOIPG yang tersendiri.

https://www.facebook.com/MarriottPutrajaya/posts/4398263890205772

Lee berkata, ia akan membuka potensi nilai hartanah dan aset hotel IOIPG.

Pada masa ini, Marriott International menguruskan Le Méridien Putrajaya di IOI Resort City dan Four Points by Sheraton Puchong, kedua-duanya adalah sebahagian daripada portfolio hotel IOIPG.

Mereka juga akan menguruskan Moxy Putrajaya (akan datang) di IOI Resort City dan Sheraton Grand di pembangunan bercampur IOI Palm City di Xiamen, China.

BACA JUGA : TAMU & SUITES, HOTEL PATUH SYARIAH DI BANDARAYA KUALA LUMPUR

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA