HalalXPlorer Logo
03 August 2021

Johawaki bina Fairfield by Marriott pertama di Kuala Lumpur menjelang 2020

Kongsikan:

Johawaki Holdings Sdn Bhd (JHSB) menandatangani perjanjian pengurusan bersama Marriott International untuk membina Hotel Fairfield by Marriott Kuala Lumpur membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) keseluruhan RM85 juta.

Perjanjian pengurusan itu bakal menyaksikan Johawaki Holdings Sdn Bhd sebagai pemaju pembinaan dan Marriott International sebagai pengendali operasi hotel terbabit yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif  Johawaki Holdings Sdn Bhd   , MOHAMAD Akmal (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Gassner pada majlis memeterai perjanjian pengurusan kedua-dua pihak di Kuala Lumpur.
MOHAMAD Akmal (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Gassner pada majlis memeterai perjanjian pengurusan kedua-dua pihak di Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Johawaki Holdings Sdn Bhd Mohamad Akmal Johari berkata, kerjasama dengan jenama hotel terkemuka itu peluang terbaik syarikat untuk terus menerokai bidang perhotelan lebih meluas pada masa depan.

“Kami berbangga dapat menyumbang kepada perkembangan pantas industri pelancongan di Malaysia melalui pembinaan hotel pertama syarikat ini,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian kontrak pengurusan antara kedua-dua pihak di sini.

Fairfield Inn business hotel photography

Hadir sama Naib Presiden Serantau Pembangunan Hotel Marriott International Peter Gassner.

Hotel Fairfield by Marriott Kuala Lumpur bakal dibina di Jalan Pahang, Kuala Lumpur membabitkan pembinaan bangunan 14 tingkat yang memiliki 188 bilik.

Beliau berkata, pihaknya merancang meneroka bidang perhotelan secara serius melalui pembinaan hotel di tanah simpanan syarikat seluas 20.23 hektar di Seremban, Melaka, Alor Setar dan Langkawi pada masa depan.

Fairfield Inn & Suites Breakfast Seating Area

Menurutnya, syarikat kini meninjau potensi pembinaan hotel di lokasi terbabit dan pada masa sama meneliti potensi menjalinkan kerjasama dengan jenama hotel di pasaran.

“Kami berharap terus menjalinkan kerjasama dengan Marriott International melalui jenama hotel mereka namun terbuka kepada sebarang kerjasama dengan jenama hotel lain,” katanya.

Sumber : HMetro

0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA