MASJID dengan seni bina unik berkubahkan Tanjak Melayu bakal menjadi mercu tanda baru di Bandara (Lapangan Terbang) Hang Nadim, Batam , Riau Indonesia.
Tanjak Melayu dipilih sebagai konsep seni bina Masjid Bandara (Lapangan Terbang) Hang Nadim Batam karena merupakan simbol kewibawaan dan keagungan masyarakat Melayu yang merupakan masyarakat majoriti disana.
Masjid dengan luas bangunan 4983 meter persegi ini dibangunkan di atas tanah seluas 15100 meter persegi dan mampu menampung sekitar 1,250 orang jemaah. Masjid ini dijangka dapat disiapkan pada tahun 2022.
Perancangan asal ini lahir dari keprihatinan untuk membolehkan para pengunjung dan penumpang menunaikan solat Jumaat sebelum berlepas ke mana-mana destinasi.
Masjid yang berdekatan dengan lapangan terbang (Bandara) Hang Nadim juga berpotensi menjadi salah satu daya tarikan para pelancong terutamanya pelancong luar negara untuk mempelajari Islam dan juga masyarakat Melayu. Menarik !