Bila melancong ini, kesemua perkara kita perlu titik beratkan dari mula perjalanan sehingga ke akhir agar tiada satu pun perkara yang akan merosakkan perjalanan sekaligus merosakkan juga mood kita untuk travel.
Termasuklah ketika perjalanan pergi dan balik seperti seat kapal terbang. Tambah-tambah pula kalau pergi jauh. Makan berjam-jam dalam penerbangan tu. Mesti kita mahukan yang keselesaan yang terbaik kan.
Laman web Insider ada menemuramah seorang pramugara syarikat Hawaiian Airlines, dan beliau berkongsikan 7 tips memilih seat kapal terbang untuk memastikan penerbangan tersebut selesa dan menyeronokkan untuk anda.
1. Pilih Seat Tepi Tingkap Jika Anda Suka Tidur
Kalau anda tak berminat dengan layanan pramugara & pramugari , in-flight entertainment dan lebih berminat buat hal sendiri serta tidur terutamanya ketika perjalanan pulang, boleh ambil seat di tepi tingkap.
Kenapa seat ini terbaik ? Sebab risiko untuk anda terlentok di kepala orang lain tu rendah. Anda boleh sandar kepala di bahagian tingkap.
Selain itu, anda juga tidak akan diganggu dengan orang lalu-lalang. Bolehlah anda tidur dengan aman tanpa gangguan, tanpa perlu bangun untuk memberi laluan.
2. Pilih Aisle Seat Kalau Gemar ke Tandas
Kalau selalu nak ke tandas, pilih saja aisle seat iaitu kerusi paling hampir di laluan lalu-lalang atau paling jauh dari tingkap.
Memang senang nak bangun tanpa perlu minta laluan dari orang lain. Mudahkan diri sendiri, mudahkan orang lain juga.
3. Jauhi Seat Berdekatan Pintu Kecemasan Jika Anda Tak Tahan Sejuk
Menurut pramugaraa ini, ada ruang-ruang kecil di pintu kecemasan yang membolehkan udara sejuk dari luar masuk ke pesawat membuatkan kawasan di pintu kecemasan lebih sejuk berbanding ruang lain dalam pesawat.
Jadi, jika anda tak tahan sejuk, elakkan ambil seat berhampiran pintu kecemasan.
4. Ruang Kaki Luas di Pintu Kecemasan
Lain cerita jika anda mahukan ruang kaki yang lebih luas tanpa sebarang caj tambahan pula. Untuk jenis ini, anda memang perlu ambil seat di pintu kecemasan.
Tetapi, ada beberapa panduan keselamatan yang anda perlu ikuti disebabkan anda adalah watak penting jika berlaku kecemasan di dalam pesawat.
5. Elak Pilih Bulkhead Seat Kalau Nak Lujurkan Kaki
Bulkhead seat ialah tempat duduk di bahagian depan sekali atau seat pertama selepas ruang pemisah atau seksyen di dalam pesawat.
Ruang kaki sini memang agak luas tetapi anda tak boleh letak atau sandarkan kaki anda di kerusi hadapan. Tak best juga
6. Pilih Seat Depan Jika Tak Tahan Turbulence
Kalau boleh kita memang tak nak lah turbulence, tetapi memang ada waktu kita akan merasakan sedikit gegaran ketika di dalam penerbangan.
Contohnya ketika cuaca buruk atau pesawat melanggar awan tebal.
Salah satu cara untuk mengurangkan rasa gegaran ini adalah memilih seat kapal terbang di bahagian hadapan. Lagi kedepan, lagi 'smooth' rasanya.
7. Pilih Seat Depan Jika Anda Kaki Makan
Kaki makan , sila duduk di hadapan untuk mendapat pilihan makanan yang lebih banyak sebelum ia habis ! Anda juga akan mendapatkan makanan lebih awal sebelum orang lain.
Kalau baru pulang dari negara yang sukar mencari makanan halal, ini memang membantu.
Perut tengah berkeroncong, dapat pula makanan awal dan banyak pilihan lagi.
Kalau duduk belakang, sudah lah dapat makanan lambat, lepastu apa yang kita mahukan dah habis dulu !
8. Elakkan 'Seat' Berhampiran Galley
Kalau anda suka tidur, tidak suka bising, elakkan seat kapal terbang berhampiran galley iaitu ruang penyediaan makanan dan minuman oleh pramugara dan pramugari.
Disinilah tempat mereka memanaskan makanan, membancuh air, membuang sampah dan sebagainya. Bising sikit la ye !
Nak lagi tips-tips berkaitan travel yang lain? Klik sini !