HalalXPlorer Logo
Perbaharui Passport
23 May 2022

Perbaharui Pasport Hanya Melalui Atas Talian Mulai 11 Mei 2022. Ini Cara-Caranya

Kongsikan:

Sejak pembukaan sempadan negara, ramai dah mula nak melepaskan gian untuk 'travel' ke luar negara. Bila check passport, rupanya dah tamat tempoh dan perlu perbaharui. Memang beratur panjanglah pejabat imigresen tu.

Mungkin disebabkan itu, Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa prosedur terkini untuk memperbaharui pasport adalah hanya menggunakan atas talian.

'Walk-in' dah tidak diterima ya. Melainkan bagi permohonan pertama kali, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), kanak-kanak 12 tahun ke bawah, kehilangan atau kerosakan pasport sahaja.

Perbaharui Pasport Hanya Melalui Atas Talian Mulai 11 Mei 2022. Ini Cara-Caranya

Cara Untuk Perbaharui Pasport

Seorang pengguna Twitter, @anisssurayaaa telah berkongsikan cara dan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi memperbaharui pasport pasca pandemik ini.

1. Buka laman sesawang ini >PERBAHARUI PASPORT ATAS TALIAN

2. Baca Terma & Syarat, Kemudian Klik Butang ‘SETUJU’

Perbaharui Pasport Hanya Melalui Atas Talian Mulai 11 Mei 2022. Ini Cara-Caranya
Kredit : anisssurayaaa

3) Isikan kesemua maklumat yang dikehendaki. Untuk lebih muda, sediakan pasport lama anda untuk rujukan

Perbaharui Pasport Hanya Melalui Atas Talian Mulai 11 Mei 2022. Ini Cara-Caranya
Kredit : anisssurayaaa

4) Kemudian akan ada senarai pejabat imigresen yang boleh dipilih untuk anda mengambil pasport setelah ia siap. Sistem akan tentukan tarikh untuk anda mengambil pasport tersebut mengikut giliran, berdasarkan tarikh dan masa permohonan anda dibuat.

5) Muat naik gambar mengikut kriteria yang ditetapkan iaitu : -

  • Latar Belakang Berwarna Putih
  • Berakaian Warna Gelao
  • Untuk Wanita Bertudung, Diwajibkan Memakai Tudung Berwarna Gelap
Perbaharui Pasport Hanya Melalui Atas Talian Mulai 11 Mei 2022. Ini Cara-Caranya
Kredit : anisssurayaaa

6. Buat pembayaran menggunakan kad kredit / kad debit

  • Permohonan Biasa (13 – 59 tahun): RM200
  • Warga Emas (60 tahun ke atas): RM100
Perbaharui Pasport Hanya Melalui Atas Talian Mulai 11 Mei 2022. Ini Cara-Caranya

Jangan lupa untuk menyimpan resit ya. Bagi pengambilan pasport, anda perlu pergi sendiri ya, tiada wakil dibenarkan. Untuk pengambilan, anda perlu pamerkan kad pengenalan, pasport lama dan juga resit bayaran.

Bagi pemohon bawah 18 tahun, perlu ambil bersama penjaga dan bawa sijil lahir.

Okay, kami nak perbaharui sekarang, tak sabar nak terbang ke luar negara !

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA