HalalXPlorer Logo
private jet
29 July 2022

Berapa Kos Sewa Pesawat Peribadi, dan Bagaimana Untuk Menempah di Malaysia ?

Kongsikan:

'Scroll' saja laman media sosial, pasti berkali-kali kita pernah melihat bos-bos besar perniagaan dan personaliti terkemuka lain terbang ke pelbagai destinasi dengan menggunakan pesawat peribadi.

Berapa Kos Sewa Pesawat Peribadi, dan Bagaimana Untuk Menempah ?
Kredit : The Guardian

Dalam diam-diam, kita pun mesti nak tahu berapa kos yang perlu dibelanjakan dan macamana agaknya cara untuk kita menaiki pesawat peribadi, walaupun untuk sekali seumur hidup.

Nah, inilah semua yang anda perlu tahu tentang cara menyewa jet peribadi di Malaysia, termasuk kos dan pesawat mana yang sesuai untuk anda.

Destinasi

Untuk menaiki pesawat, kita pasti perlu mempunyai tujuan dan destinasi. Untuk menaiki pesawat yang disewa khas, pasti kita perlu untuk menyatakan destinasi juga. Justeru, ke manakah kita boleh pergi?

Malaysia dipisahkan kepada dua bahagian oleh Laut China Selatan. Semenanjung Malaysia dan juga Malaysia Timur, yang terdiri daripada negeri Sarawak dan Sabah, terletak bersebelahan dengan Brunei dan Indonesia. Oleh itu, perkhidmatan pesawat peribadi menjadi pilihan yang mudah untuk sampai ke pelbagai destinasi tanpa perlu bersusah payah menunggu di lapangan terbang.

Walau bagaimanapun, untuk terbang dengan pesawat peribadi, tak semestinya anda perlu terbang jauh. Jika anda sekadar nak mencuci mata dengan melihat pemandangan dari atas, anda boleh menyewa helikopter persendirian.

Misalnya di Kuala Lumpur, anda boleh melihat Menara Berkembar Petronas, Taman Tasik, kuil bersejarah dan banyak lagi.

Berapa Kos Sewa Pesawat Peribadi, dan Bagaimana Untuk Menempah ?
Pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur

Pulau Pinang merupakan satu lagi pulau popular, yang penuh dengan aktiviti pengembaraan dan persiaran yang indah. Ibu negerinya, Georgetown, mempunyai persekitaran meriah, pantai yang indah untuk anda bersiar-siar.

Destinasi jet peribadi popular lain di Malaysia termasuk Ipoh, Miri, Alor Setar, Kuantan, Cameron Highlands, Kepulauan Perhentian, Melaka, Langkawi, Kota Kinabalu dan Kuching.

Antara lapangan terbang yang boleh digunakan adalah Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Lapangan terbang lain di dalam dan sekitar negara di mana anda boleh menggunakan perkhidmatan sewa jet peribadi ialah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ; Lapangan Terbang Genting, Genting; Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh; Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka dan Lapangan Terbang kecil seperi di Pulau Pangkor, Pulau Redang.

Berapa Kos Sewa Pesawat Peribadi, dan Bagaimana Untuk Menempah ?
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang

Kalau nak lebih seronok, anda boleh membuat penerbangan ke luar negara seperti Singapura, Indonesia, ataupun Thailand tetapi mungkin prosedur yang diperlukan adalah melebihi berbanding penerbangan domestik.

Kos Yang Diperlukan

Secara purata, tambang bermula pada USD 2,200 (kira-kira RM 9,718) untuk jet yang sangat ringan membawa dua hingga empat orang dan boleh menelan kos melebihi USD 23,000 (RM 101, 592 lebih kurang) untuk pesawat VIP yang memuatkan 16 hingga 50 ekor.

Membuat Tempahan

Tempahan jet peribadi dari Kuala Lumpur untuk jarak dekat dan jauh agak mudah. Anda boleh menghubungi ejen pelancongan atau berhubung terus dengan pengendali pesawat di Malaysia untuk mendapatkan sebut harga.

Beberapa syarikat yang menawarkan sewa jet peribadi di Malaysia adalah seperti berikut:

Paramount Business Jets — menawarkan jet ringan dan berat, pesawat dan helikopter.
Air Charter Service — menawarkan teksi udara, ambulans udara, jet peribadi dan pesawat eksekutif.
Prince Jets — menawarkan jet dan helikopter berat, sederhana dan ringan.
Monarch Air Group — menawarkan pelbagai jenis jet dan perkhidmatan helikopter.
Evojets — menawarkan penerbangan perubatan, sewa kargo dan penerbangan peribadi mesra haiwan peliharaan.
Weststar Aviation Service - Penyedia perkhidmatan helikopter

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA