HalalXPlorer Logo
restoren kemangi destinasi makan 'hidden gems' di seremban !
13 November 2022

Destinasi Makan 'Hidden Gems' di Seremban !

Kongsikan:

Sebelum ini kalau kami kongsi tempat makan di Negeri Sembilan, kebanyakannya adalah kedai makan tradisional dan lauk pauk asli Negeri Sembilan.

Tapi kali ini kami nak kongsikan Restoren Kemangi yang terletak bertentangan dengan Kompleks Belia dan Sukan Paroi.

restoren kemangi Destinasi Makan 'Hidden Gems' di Seremban !
Sumber : TripAdvisor

Mereka menyediakan makanan yang sungguh lazat yang terdiri daripada Makanan Tradisi Melayu, Makanan Barat dan Makanan Thai yang boleh dinikmati oleh para pelanggan sambil menikmati suasana restoran yang selesa ala-ala taman.

restoren kemangi restoren kemangi Destinasi Makan 'Hidden Gems' di Seremban !
Sumber : Trip Advisor

Bagi anda yang sukakan suasana makan malam bersama keluarga yang selesa serta meriah, Restoren Kemangi adalah lokasi yang sangat sesuai dan tepat untuk anda sekeluarga.

restoren kemangi kk restoren kemangi Destinasi Makan 'Hidden Gems' di Seremban !

Rata-rata pengunjung yang berkunjung ke sini kebanyakannya untuk meraikan tarikh atau majlis keluarga seperti sambutan hari lahir, hari ulang tahun serta banyak lagi.

Ruang makan keluarga yang selesa, hiasan yang menarik serta perkhidmatan pelanggan yang 5 bintang adalah faktor utama yang menarik ramai pengunjung ke restoran ini.

Menu Menarik

restoren kemangi Destinasi Makan 'Hidden Gems' di Seremban !

Antara Menu Istimewa :

  • Kambing Bakar Letop
  • Siakap Meang Pla
  • Tom Kha Gai
  • Shell Out
  • Nasi Goreng Madu 3
  • Nasi Goreng Kambing
  • Nasi Goreng Kemangi
  • Mocktail (Air)
  • Power Rangers (Air)

Alamat

?Restoren Kemangi, Persimpangan Taman Pinggiran Golf/ Taman Paroi Jaya, Batu 3, Jalan Kuala Pilah, 70400, Seremban, Negeri Sembilan.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA