Bercakap berkenaan Sunway Malls, terbukti mereka adalah antara operator pusat membeli-belah terulung di Malaysia. Jika di Lembah Klang, Sunway Pyramid dan Sunway Velocity Mall berjaya meraih pelbagai anugerah. Sunway Putra Mall yang mengambil alih bangunan The Mall sebelum ini juga tidak kurang hebatnya.
Di Pulau Pinang, terdapat satu lagi pusat membeli-belah yang dikendalikan oleh mereka iaitu Sunway Carnival Mall di Seberang Jaya. Pada asalnya, kompleks membeli-belah yang mula dibuka pada 2007 ini berkeluasan 800,000 kaki persegi (74,000 m2) dan mempunyai 4 tingkat.
Penambahan & Renovasi
Seiring dengan perkembangan ekonomi semasa, Sunway Carnival Mall kini telah menjalani proses pembesaran.
Bahagian yang baru ini mula dibina pada 2018 lagi dengan kos RM500 Juta, dan dibuka kepada pengunjung bermula 25 Jun 2022.
Dengan penambahan lebih 130 lot kedai baharu, Sunway Carnival Mall kini mempunyai kira-kira 350 kedai ! Lebih menarik, antara penyewa di Sunway Carnival Mall adalah jenama-jenama baru yang masih belum pernah bertapak di Pulau Pinang sebelum ini.
Jenama-Jenama Baharu
Antara jenama di bahagian terbaru Sunway Carnival Mall adalah
- Jaya Grocer
- Kaison
- JD Sports
- Uniqlo
- HaiDiLao Hot Pot
- Pawagam Golden Screen Cinemas dengan 13 dewan (terbesar di Utara)
- Calvin Klein
- Tommy Hilfiger
- Swarovski
- Pandora
- GUESS
- Superdry
- Bath & Body Works
- Victoria’s Secret
- Charles & Keith
- Sport Direct
- Al-ikhsan Sport
- Inside Scoop
- Padini
- Vincci
- 7Days
- Urban Republic by Switch
- Dzi Kingdom
- Zus Coffee
- Bask Bear Coffee
- Black Canyon
- The Coffee Bean & Tea Leaf
- The Chicken Rice Shop
- Texas Chicken
- OldTown
- Bread History
- Home's Harmony
- Bread History
- Popular
- Mr.DIY
- Hanzo
- Johnny’s
- SenQ
- Popular
- Vans
- Velocity Nitro 2
- Chateraise
- Chicago Chicken City
- LAC Nutrition
- dan pelbagai lagi.
Fasiliti & Kemudahan Ditambah Baik
Untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang terbaik untuk semua, pusat beli-belah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan mesra keluarga seperti tandas kanak-kanak, bilik bayi dengan bilik penyusuan peribadi, kawasan permainan kanak-kanak. Pusat beli-belah itu juga mempunyai bilik 'tenang', dikenali sebagai Bilik Autsome yang dilengkapi dengan ciri pengecaman muka untuk komuniti autisme dan keluarga mereka.
Bagi menampung jumlah pengunjung yang semakin meningkat, ruang letak kenderaan turut diperbanyakkan. Pada asalnya, hanya 880 ruang letak kenderaan disediakan. Penambahan sebanyak 2,320 tempat letak kenderaan baharu menjadikan keseluruhan 3,200 tapak letak kenderaan di Sunway Carnival Mall.
Bukan itu sahaja, aksesibiliti turut ditambah baik apabila fasa baharu Sunway Carnival Mall turut menyediakan susur masuk dan keluar secara terus ke lebuhraya. Ruang masuk dan keluar yang ditambah ini pasti akan mengurangkan kesesakan yang berlaku.
Secara keseluruhan, Sunway Carnival Mall telah menggandakan ruang niaganya kepada sejuta kaki persegi dengan 95 peratus ruang telah disewa dan dibuka dengan kadar kepenghunian 80 peratus.
Selepas bahagian baru ini dibuka secara rasmi, Sunway Carnival Mall akan terus melakukan proses renovasi di baki bahagian pusat membeli-belah sedia ada untuk penampilan yang lebih baik dan segar, diangkakan siao pada suku ke-4, 2024.
Pembangunan Lain
Pertumbuhan Sunway Carnival Mall disertai dengan pembesaran Hotel Sunway dan Pusat Perubatan Sunway yang akan datang bakal mengubah wajah Seberang Jaya.