
Genting Skyworlds, siapa jer tak suka pergi ke sini. Dah lah taman tema baru, permainan level antarabangsa, sejuk, dan cantik untuk bergambar. Tapi, tiket nak masuk ke taman tema Genting Skyworlds ni pun tak murah yer.

Tapi, kami ada satu berita baik. Genting Skyworlds nak bagi tiket masuk 1-Day Access ke taman tema secara percuma kepada sesiapa yang lahir pada bulan Ogos, apa-apa tahun pun !
Tiket boleh ditebus pada setiap hari dari 1 Ogos 2022 sehingga 31 Ogos 2022. Pemberian tiket percuma ini adalah sempena menyambut ulang tahun Genting ke-57 dan juga Hari Merdeka Malaysia.

Bagaimanapun, pemberian tiket percuma ini adalah terhad kepada 57 orang pengunjung terawal setiap hari sahaja. Tiket ini boleh diambil dari kaunter sahaja. Tertakluk Terma & Syarat.
Untuk maklumat lanjut :