Sejak kebelakangan ini, kejatuhan nilai ringgit Malaysia telah memberi kesan kepada pelbagai harga barangan keperluan di Malaysia yang akhirnya turut memberi kesan kepada barangan bukan keperluan sekaligus membebankan kesemua pengguna pada amnya.

Dilaporkan, segelintir operator penginapan, perkhidmatan di pulau peranginan meramalkan akan berlakunya peningkatan harga sehingga 30% disebabkan kos operasi yang meningkat.

Kenaikan kos itu telah didasari akan beberapa aspek seperti pertambahan pelancong asing kelak, memerlukan pengusaha mengekalkan kualiti perkhidmatan mereka. Ini secara langsung memerlukan pertambahan kos.

Selain itu, pengusaha dan Persatuan Hotel Malaysia peringkat negeri turut mengakui para pengendali dan operator pelancongan dapat menampung kembali kerugian dialami semasa pandemik COVID-19 sebelum ini dengan menaikkan harga perkhidmatan.

Walaupun, pelancong asing dibenarkan masuk ke negara tetapi perolehan keuntungan kekal berisiko. Di mana semua pihak masih lagi berhati-hati dan mengehadkan perjalanan mereka kerana bimbang akan tahap kesihatan persekitaran.
