Menara Kuala Lumpur (Menara KL) ialah sebuah menara komunikasi yang terletak di Kuala Lumpur, dengan ketinggiannya mencapai 421 meter (1,381 kaki) dan merupakan menara tunggal ketujuh tertinggi di dunia.
Menara ini berfungsi sebagai menara telekomunikasi, balai cerap bagi meninjau anak bulan bagi keperluan Ummat Islam dan juga berfungsi sebagai tarikan pelancongan.
Tarikan pelancongan yang ada di Menara KL adalah dek pemandangan (observation deck), 'sky deck', 'sky box', restoran berputar dan juga beberapa tarikan lain.
Harga Tiket Observation Deck Menara KL
Dek Pemandangan (Observation Deck) Menara KL terletak pada ketinggian 276 meter di atas paras tanah yang menawarkan pemandangan 360 darjah kota metropolitan Kuala Lumpur yang menakjubkan tidak kira dari pagi, siang ataupun malam.
Dek pemandangan ini adalah tertutup dan berhawa dingin, sesuai sangat buat mereka yang tak sukakan panas di luar.
Luangkan masa anda untuk berjalan di dek, menikmati pemandangan pencakar langit yang berbeza.
Untuk tiket ke Observation Deck sahaja adalah seperti berikut :
Harga Tiket Sky Deck + Sky Box Menara KL
Kalau anda rasa melihat pemandangan di Observation Deck tidak cukup membuatkan anda teruja, anda boleh dapatkan tiket Sky Deck + Sky Box yang terletak pada ketinggian 300 meter pula.
Sky Deck adalah platform pemandangan di bahagian luar, tanpa penghawa dingin. Memang anda akan dapat rasakan angin yang agak kuat pada ketinggian ini.
Selain itu, dengan tiket ini anda boleh menguji adrenalin dan tahap keberanian anda dengan menjejaki Sky Box iaitu sebuah kotak dengan dinding dan lantai kaca, sekaligus memberikan anda pengalaman seolah-olah terapung tinggi di atas udara.
Siapa yang berani boleh jenguk-jenguk pemandangan bandaraya Kuala Lumpur melalui lantai kaca.
Harga bagi pakej ini adalah seperti berikut :
Pembelian Tiket Menara KL
Untuk mendapatkan tiket masuk ke Menara KL mengikut pakej di atas, anda boleh dapatkan di kaunter atau lebih mudah dengan pembelian secara atas talian melalui pautan ini.