Susulan pengumuman Pilihan Raya Umum Ke-15 Malaysia (PRU15), FireFly melancarkan kempen "Jom Balik Mengundi" yang menawarkan tambang diskaun sehingga 24% untuk memudahkan pergerakan pengundi melalui pengangkutan udara.
Tiket sudah boleh ditempah bermula 20 Oktober hingga 24 Oktober 2022 untuk perjalanan dari 1 November 2022 hingga 30 Jun 2023.
Firefly Airlines juga akan menambah sehingga 70 penerbangan dari Subang dan Pulau Pinang ke laluan domestik terpilih dari 17 November hingga 20 November 2022 dengan tambang diskaun 24% dan 10% untuk penerbangan kendalian jet dan ATR.