HalalXPlorer Logo
image 23
02 August 2022

Kuantan Bakal Ada Lapangan Terbang Baharu. Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Kongsikan:

Dalam diam-diam, sebuah lapangan terbang yang baharu akan dibina di Kuantan bagi menggantikan Lapangan Sultan Haji Ahmad Shah yang sedia ada.

Lebih menarik, selain daripada lapangan terbang, sebuah projek pembangunan bercampur Bandar Aero-angkasa juga bakal dibina bersekali.

image 23
TENGKU HASSANAL IBRAHIM ALAM SHAH Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) menyaksikan majlis menandatangani MoU bagi pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan dan Pembangunan Bercampur Bandar Aeroangkasa di Kuantan, Pahang. Kredit : Utusan Online

Projek ini dibina di atas tanah seluas 5042 hektar di kawasan Gebeng dan dikatakan bakal menelan belanja RM 2 billion.

Sebenarnya, projek tersebut telah diilhamkan akhir tahun 2019 dan telah mendapat kelulusan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada 21 Oktober tahun lalu. Pembinaannya dijangka bermula pada 2023 dan dijangka siap 2026.

Pelaksanaan dua projek itu mengambil kira faktor hab ekonomi kerana ia terletak di kawasan Industri Gebeng selain berhampiran dengan Pelabuhan Kuantan dan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), serta menjadi pintu masuk utama ke negeri-negeri Pantai Timur. Projek ini juga menyokong Rancangan Fizikal Negara Ke-3 iaitu menjadikan Kuantan sebagai bandar pembangunan transit nasional (udara, darat dan laut) secara bersepadu.

Projek itu akan dibangunkan secara usahasama melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) berkonsepkan pembangunan secara 'Build-Operate-Own' di mana pengoperasian lapangan terbang tersebut akan dikendalikan pihak syarikat sepenuhnya melalui pembentukan syarikat tujuan khusus (SPV), Pahang Airport Berhad.

Apabila beroperasi kelak, projek ini dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri melibatkan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM7.5 bilion setahun atau RM150 bilion untuk tempoh 20 tahun.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA