Mesti ramai tahu, KotaSAS adalah satu-satunya kawasan perbandaran terancang di Kuantan, menawarkan pembangunan komprehensif dan bersepadu yang menyediakan hartanah kediaman dan komersial yang berkualiti.
Dengan pelan induknya yang fokus dan disusun rapi pada masa hadapan, KotaSAS telah dianugerahkan "The Best Integrated Township Development- ASEAN Property Developers Awards 2019/2020".
KotaSAS juga dikenali dengan rancang pemajuan bangunan ikonik seperti Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) iaitu pusat pentadbiran kerajaan negeri Pahang yang baru, menggantikan Wisma Sri Pahang.
PPSAS ini dibina dengan menggunakan jata negeri Pahang sebagai inspirasi.










Terbaharu, sebuah Kompleks Islam Pahang bakal dibina di KotaSAS. Kompleks Islam Pahang ini mengandungi sebuah masjid yang dinamakan Masjid Bandaraya, Pusat Pengajian atau Pusat Ilmu, Dewan Serbaguna, Muzium, Perpustakaan, Galeri, Pusat Pentadbiran dan lain-lain.
Yang paling menonjol adalah Masjid Bandaraya yang dapat memuatkan anggaran 10,000 jemaah pada satu-satu masa ini kerana reka bentuknya yang ikonik. Masjid ini bakal menjadi Masjid Negeri Pahang yang baru, menggantikan Masjid Sultan Ahmad Shah 1.

Dijangkakan siap pada tahun 2024, masjid ini bakal menjadi mercu tanda kedua di Kotasas selepas Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS).




Berdasarkan lakaran artis, kelihatan rekabentuk masjid ini sangat moden dan ikonik. Masjid ini mempunyai banyak keistimewaan dan keunikan. Antaranya, ialah ianya dibina dengan rekabentuk berasaskan ‘tanjak’ dan juga tombak yang berasaskan ‘Jata Negeri Pahang’.




