Tempat baru ! Lebih besar, Lebih selesa ! Kami sendiri dah pernah makan dah Nasi Kahwin Hari-Hari ni.
Bagi kami memang sedap, tambah-tambah lauk ayam madu. Air sirap kenduri percuma pulak.
Tapi waktu kami makan tu duduk dekat compressor aircond belakang bangunan, panaih ya Allahhh. Lorong kecil kadang-kadang kenderaan lalu bahaya juga bagi anak main. Waktu zaman OOTD ni, ramai juga kami tengok girls pakai cantik-cantik rasa kurang selesa makan di belakang lorong kan.
Mujur sekarang Nasi Kahwin Hari-Hari dah buka cawangan baru yang proper dalam lot kedai.
Lokasi kedai baru ni belakang gerai yang lama , 15 tapak jalan dari gerai lama untuk pergi ke kedai baru. Kipas toilet Surau ada siap dah ! Bagus, semakin selesa pelanggan lepas ni.
Datang sini, anda boleh mencuba menu-menu seperti :
- Ayam Rose Terangkat
- Ayam Madu Dua
- Daging Masak Hitam
- Kambing pasamah
- Papadom : RM1
Alamat
Nasi Kahwin Hari-Hari, Jalan Berangan, Bukit Bintang, 50200, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi
- Waktu Operasi : ISNIN Hingga SABTU
- 11:00 Pagi Hingga 5:00 Petang