Bandar Hat Yai yang terletak di provinsi Songkhla, Selatan Thailand memang menjadi salah satu destinasi kegemaran orang Malaysia. Yelah, inilah antara destinasi menarik luar negara tetapi masih lagi dekat dengan Malaysia.
Populasi penduduk Muslim disini juga agak signifikan menjadikan Hat Yai salah satu bandar yang mudah buat pelancong Muslim mencari tempat ibadah dan menikmati makanan Halal.
Antara mod pengangkutan ke Hat Yai adalah melalui jalan darat sama ada kenderaan persendirian, bas dan juga perkhidmatan tren. Haa, perkhidmatan tren ini baru sahaja dilancarkan semula pada 15 Julai 2022 selepas terhenti selama 2 tahun akibat pandemik COVID-19.
Shuttle Khas SRT Padang Besar - Hat Yai - Padang Besar
Untuk ke Hat Yai melalui perkhidmatan tren ataupun keretapi, tiada perkhidmatan terus disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), sebaliknya ada perkhidmatan shuttle ulang-alik disediakan oleh pihak State Railway of Thailand (SRT).
Jadi, anda perlu menaiki tren ke stesen terakhir KTMB iaitu Stesen Padang Besar dahulu sebelum menukar tren dan meneruskan perjalanan dengan tren SRT dari Padang Besar ke Hat Yai.
Tiket Padang Besar - Hatyai berharga 50 Baht (kira-kira RM7) dan boleh dibeli di kaunter di sempadan sana. Perjalanan tren Padang Besar-Hatyai mengambil masa sekitar 50 minit ke 1 jam.
Rancang Perjalanan Anda
Untuk menaiki pengangkutan awam, perancangan teliti mesti dilakukan supaya kita tidak menunggu terlalu lama, atau lebih teruk lagi tertinggal keretapi. Jadi, kami kongsikan juga jadual perkhidmatan tren shuttle ke Hat Yai dan juga cadangan tren KTM Komuter & ETS yang patut anda naiki.
Dari Padang Besar ke Hat Yai, ada dua tren shuttle iaitu pada jam 9:55 Pagi (waktu Malaysia) dan juga pada jam 3:40 Petang (Waktu Malaysia). Untuk menaiki tren ini, anda boleh menaiki ETS dengan nombor tren 9276 (tiba di Padang Besar jam 12:04 Malam) atau 9278 (tiba di Padang Besar jam 4:18 Pagi).
Ada juga pilihan lain iaitu menaiki tren KTM Komuter Utara 2940 dan 2942. Bagi kami naik Komuter Utara 2942 ini memang okay sebab anda ada masa satu jam untuk berlepas ke Hat Yai. Tak terlalu lama dan tak terlalu suntuk. Sempatlah beli tiket dan urusan imigresen.
Untuk pulang kembali dari Hat Yai ke Padang Besar, ada tren pagi dan petang juga. Kemudian anda boleh sambung perjalanan menggunakan perkhidmatan KTMB seperti jadual di bawah.
Patuhi SOP Perjalanan
tak sabarnya nak buat trip makan-makan ke Hatnyai dari Padang Besar. Tapi, sebelum ke sana, kami nak inform semua untuk rujuk dahulu SOP Pengembara Malaysia ke Thailand dan sebaliknya.