Ramai di antara umat Islam di Malaysia merancang untuk melakukan ibadah Umrah pada hujung tahun disebabkan cuti sekolah dan cuaca yang lebih sejuk di Arab Saudi.
Disebabkan itu, dilaporkan bahawa Gabungan syarikat umrah mendapati terdapat kekurangan 30,000 tempat duduk untuk penerbangan Umrah Disember ini.

Persatuan Solidariti Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Malaysia (SAFTTA), Dr Fathir Badri, berkata kekurangan tempat duduk bermula sejak September 2022, dan lebih meruncing pada hujung tahun.
Justeru, beliau meminta agensi yang berkaitan untuk bertindak supaya syarikat penerbangan menambah pesawat ke Arab Saudi dan memudahkan prosedur dengan membenarkan penerbangan sewa khas untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Langkah ini sangat penting agar tidak berlaku kekecohan Disember ini.
SAFTTA juga memaklumkan kepada jemaah untuk bersedia dengan kenaikan harga pakej umrah disebabkan kadar tukaran wang ringgit menurun berbanding Saudi Riyal.
Kenaikan kadar tukaran wang bukan saja membabitkan pertambahan harga tiket, malah harga penginapan dan kenderaan di Arab Saudi juga sudah meningkat.
Katanya, peningkatan kadar tukaran wang mengakibatkan kenaikan harga sehingga RM1,000 bergantung kepada pakej yang ditawarkan oleh pengendali umrah.
"Kami menganggarkan ketidaktentuan ini berlarutan sehingga Ramadan nanti.
"Jemaah perlu bersedia dengan kenaikan harga pakej yang di luar kawalan syarikat pengendali umrah," katanya.
Sumber : Berita Harian

