Menginap di hotel ! Siapa saja yang tidak menyukai pengalaman ini kan ? Dengan suasana baru, katil yang empuk, penghawa dingin, dan pelbagai lagi kemudahan serta fasiliti yang anda pasti membuatkan kita gembira apabila menginap di hotel.
Tetapi, dalam gembira itu jangan dilupakan juga soal keselamatan, terutamanya buat kaum wanita. Walaupun nampak seperti remeh, tetapi soal keselamatan dan privasi tidak harus dipandang enteng.
Seorang pengguna TikTok dengan nama Mirzan Johor telah berkongsikan beberapa tips yang boleh dilakukan untuk memastikan bilik penginapan di hotel selamat dari apa-apa gangguan. Berikut merupakan tipsnya :
Letakkan Gelas Kaca Pada Tombol Pintu
Tips yang pertama adalah mengambil gelas kaca yang disediakan oleh pihak hotel dan meletakkannya di tombol pintu bilik.
Ini sangat berguna jika ada penceroboh memasuki bilik, gelas kaca tersebut akan jatuh dan pecah seterusnya menghasilkan bunyi yang membuatkan anda sedar kejadian yang berlaku di pintu.
Kemungkinan penceroboh juga akan mula panik disebabkan gelas yang pecah dan bertindak melarikan diri.
Jika ada apa-apa kejadian pun, harapnya orang di kawasan sekeliling lebih peka disebabkan bunyi gelas kaca yang pecah.
Pastikan Jari Tidak Bertemu di Cermin
Tips ini sangat mudah dan cepat untuk dilakukan. Kebiasaannya akan ada cermin besar di dalam bilik hotel. Letakkan jari anda di cermin tersebut. Sekiranya jari anda bertemu, kemungkinan besar bahawa itu bukanlah cermin sebenar.
Berwaspada Dengan Setiap Lubang
Pastikan periksa celah-celah lubang kerana ini adalah antara tempat paling strategik untuk kamera tersembunyi diletakkan !
Tutup Lampu dan Perhatikan Jika Ada Lampu Merah
Bahagian ini paling penting! Biarkan bilik anda berada dalam keadaan gelap sama ada menutup langsir pada waktu siang atau nantikan waktu malam tiba. Tutup juga kesemua lampu kemudian buka kamera di telefon dan perhatikan satu bilik. Tujuannya apa? Untuk mencari jika ada lampu kelip-kelip berwarna merah. Pastikan lampu itu tak ada ya kerana dikhuatiri ia adalah spy cam!
Buat pembaca , tips seperti ini seperti amatlah berguna dan wajar diaplikasikan ketika bercuti. Niat jahat orang kita tak tahu, sebaiknya ambil langkah berjaga-jaga! Tonton video tips tersebut di bawah .