HalalXPlorer Logo
destinasi jarang dilawati di kedah
15 December 2023

5 destinasi yang jarang dilawati di Kedah

Kongsikan:

Kedah juga dikenali sebagai negeri jelapang padi. Kalau orang sebut ‘utagha’ mesti selalunya orang akan teringat negeri Kedah sebab loghat kedah ni memang femes la senang ceghita! Jika anda diberi peluang untuk bercuti di Kedah, destinasi apa yang paling anda nak sangat pergi? Kebanyakan orang akan sebut Langkawi kalau nak makan angin, Muzium Padi kalau nak pergi tempat bersejarah, Masjid Zahir kalau nak solat dan banyak lagi.

Kalau asyik pergi tempat yang sama je mesti bosan jugak kan, apa kata korang pergi tempat yang jarang orang tahu dan jarang orang pergi? Barulah rare sikit kan !  Di bawah ada 5 tempat menarik di Kedah yang jarang dikunjungi.

1) Ultimate Horse Training and Stud Farm , Yan

Ultimate Horse Training and Stud Farm ini terletak di Kampung Raga, Yan. Bagi sesiapa yang berminat untuk menunggang kuda anda boleh datang ke sini bersama keluarga atau rakan-rakan. Siapa sangka kewujudan ladang Kuda di kampung kecil ini rupa rupanya mempunyai pelbagai jenis banyak baka kuda. Ladang kuda ini dibuka pada setiap hari dan tiada bayaran kemasukan. Namun, bayaran akan dikenakan hanya untuk aktiviti menunggang kuda. Pada sesiapa yang pertama kali ingin mencuba, jangan tunggu tunggu terus masukkan dalam senarai perjalanan anda!

Waktu Operasi : Setiap Hari ; 8 Pagi - 11 pagi , 4 petang - 6 petang
Bayaran : Bergantung Aktiviti
Alamat : Lot 784, Jalan Ruat Kg Raga , 06900 , Yan Besar , Kedah Darul Aman
Maklumat lanjut : Hubungi 016-478 4496 atau hantarkan emel kepada danialcross98@gmail.com
Facebook : Ultimate Horse Training and Stud Farm


2) Rumah kelahiran Mahathir Mohamad , Alor Setar

Bagi sesiapa yang tak tahu Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 & ke-7 ini merupakan anak kelahiran Kedah. Beliau antara sosok yang disanjung tinggi di dalam dan juga luar negara serta merupakan antara tokoh pemimpin Muslim paling berpengaruh di dunia. Sesiapa yang mahu mengetahui lebih banyak sejarah dan sisi peribadi beliau, boleh melawat rumah kelahiran beliau di Alor Setar.

Waktu Operasi : Selasa-Ahad (9:00 pagi- 4:30 petang) , Isnin (tutup)
Bayaran : Percuma
Alamat : No. 18, Lorong Kilang Ais Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai, Jalan Seberang Perak, Taman Pesisiran Tanjung Chali, 05000 Alor Setar, Kedah
Maklumat Lanjut : Hubungi 04-7722319 atau emel rumahmahathir@arkib.gov.my


3) Tree top walk Sungai Sedim , Kulim

Berjalan di dalam hutan merupakan salah satu aktiviti yang  mencabar dan menyeronokkan. Salah satu destinasi anda boleh kunjungi adalah Tree Top Walk Sungai Sedim yang terletak di dalam kawasan Taman Rekreasi Arus Deas Sungai Sedim, di kawasan Hutan Simpan Gunung Inas, Kulim. Laluan Kanopi di sini sepanjang 1.5 Kilometer dengan ketinggian 36 meter dari atas tanah. Bolehlah kita menikmati keindahan alam semula jadi flora dan fauna sambil memuji Tuhan pencipta seluruh alam.

Waktu Operasi : 8:30 Pagi- 5:30 Petang (bergantung kepada cuaca)
Bayaran : RM10 ( Dewasa) dan RM6 (Kanak-kanak) , bayaran lain bergantung kepada aktiviti
Alamat : Tree Top Walk Sungai Sedim, Kampung Sedim, 09700 Karangan, Kedah
Maklumat Lanjut : 04-4901588 atau emel hello@treetopwalk.com.my


4) Telaga gajah, Pendang

Air di Telaga Gajah ini tidak pernah kering meskipun pada musim kemarau. Menurut pembacaan kami, sejarah disebalik Telaga Gajah ini, pada suatu ketika dahulu ianya merupakan tempat untuk menjinakkan dan memandikan gajah, turut diguna pakai oleh penduduk Pendang pada masa itu.

Alamat : Telaga Gajah Pendang, 06700 Pendang, Kedah


5) Blue Lagoon, Alor Setar

Pemandangan di tasik biru ini menjadi salah 1 tempat yang dipilih orang ramai untuk membuat sesi penggambaran sama ada untuk graduasi atau pernikahan. Ianya terletak di kawasan Gunung Keriang. Anda juga boleh menyelam dan berenang di tasik ini. Terdapat peniaga yang menyediakan khidmat sewa jaket keselamatan tapi hati hati tiada life guard disini. Kedalaman Tasik Biru ini hanyalah sekitar 1.8M- 2.2M sahaja. Anda bukan setakat boleh berenang dan menyelam disini malah boleh juga mengabadikan beberapa keping gambar bersama pemandangan Gunung Keriang dihiasi padi menghijau yang sangat cantik bak kata Pepatah Melayu “ sambil menyelam minum air”

Alamat : Unnamed Road, 05150 Alor Setar, Kedah

Jadi tunggu apa lagi, rancanglah percutian anda yang seterusnya di Kedah.Anda mungkin akan berasa lebih puas utnuk menikmati momen momen yang terindah di tempat yang jarang dikunjungi orang ramai tanpa perlu bersesak sesak dan beratur panjang.

Selamat bercuti dari kami di SurgaRoute!

Kami Kongsi, Anda Terokai.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA