Bila masuk bab travel ni, mula lah otak memikirkan bajet, travel buddy , tempat, dan sebagainya. Tapi paling risau ialah nak pilih teman untuk bawa berjalan sekali . Entri kali ini, kami share kan ciri -ciri nak pilih travel buddy yang terbaik macam anda impikan. hehe
1- TIDAK KEDEKUT & PENTINGKAN DIRI SENDIRI
Korang kena pastikan travel buddy korang mestilah seorang yang tidak kedekut dan tidak pentingkan diri sendiri. Bila perlu berkongsi, kongsi lah secara rela hati. Bukan apa, untuk memudahkan lagi perjalanan aktiviti korang sewaktu travel. Misal kata, kalau korang waktu tu tertinggal dompet dalam bilik dan korang tak ada cash, so travel buddy ni boleh tolong bayarkan dulu untuk korang dahulu. Contoh lain, makan malam hari ini korang belanja, esok dia belanja pula. Kalau ada hutang seringgit dua tu apa lah sangat kan? Tapi jangan lah ambil kesempatan pula.
2- TIDAK SUKA MERUNGUT
Sebelum pilih travel buddy untuk travel jauh dan lama, boleh ajak dia untuk short trip dulu. Dari sini kita boleh tengok perangai dan passionate dia tentang travel. Elakkan travel dengan buddies yang kaki merungut. Tengah ada feel nak melancong sekali terbantut disebabkan kawan asyik merungut sahaja. Tandas awam tak bersih, panas, letih dan bermacam alasan lagi. huhu..
3- SPORTING & SEKUFU
Ni paling penting sebab nya bila nak travel sama-sama pasti ada aktiviti yang akan buat bersama. So bila travel buddy korang sekufu dengan korang baru lah best. Boleh layan karenah masing-masing lagi bab bergambar. kalau tak sporting hilang mood. Dan tak semua travel yang dirancang akan berjalan lancar kan? Travel buddy yang sporting tak kesah makan makanan local di tepi jalan, tidur kat airport sementara tunggu flight, tidur di hostel murah, berjalan kaki instead berkenderaan, boleh survive bila serba serbi tak cukup dan macam-macam lagi.
4- TEPATI MASA
Okay yang ni paling penting guys. Kena cari yang jenis tepati masa. Kalau semua syarat buddies dah sempurna tapi jenis tak tepati masa juga tak jalan juga. Mana tak yer, korang dah susun cantik dah Itinerary hari pertama nak ke mana, dalam pukul berapa bertolak dan sebagai nya, tapi travel buddy korang jenis masa ke laut. Semua jadual perjalanan jadi sia- sia kalau setiap kali nak ke sesuatu tempat mesti lari dari masa yang ditetapkan.
5- JAGA SOLAT & ADAB
Seronok – seronok juga, solat jangan lupa, seeloknya pilih lah travel buddy yang solat dan menjaga adab. Kita kena ingat kemana kita pergi ALLAH ada. Nak lagi berkat perjalanan kita, jagalah hubungan dengan ALLAH. Dan bila pergi ke tempat orang, adab perlulah di jaga, ianya melambangkan budaya dan bangsa kita. Jika kita baik dengan orang, insyaAllah di balas baik juga.
6- BERTANGGUNGJAWAB
Bila travel berkumpulan, seseorang itu perlu lah ada common sense completing each other bak kata omputih.hehe.. Memanglah tiada tugas khas di tetapkan, tetapi bila travel sama-sama, ambil lah tanggungjawab. Sebagai contoh, kalau kita pandai masak, kita boleh jadi tukang masak, kalau kita pandai ambil gambar, kita boleh wakilkan untuk ambil gambar, dan kalau ada kepakaran berkomunikasi dalam bahasa asing, boleh jadi juru pandu atau translator. Baru lah best travel macam ni!
Travel buddy korang ada yang ciri-ciri seperti di atas ni tak? hehe..