Siapa je yang tak suka melancong, dan bercuti kan ? Keluar bersama pasangan ke ataupun dengan kawan-kawan untuk hilangkan stress kerja, stress belajar dan sebagainya.
Tapi tulah bila fikir nak melancong dan tentulah memakan kos yang banyak, lagi-lagi kalau destinasi jauh dan perlu menaiki penerbangan. Memang pening nak cari tiket flight murah.
Dalam artikel ini , kami akan kongsikan antara tips yang anda boleh cuba bagi memastikan anda tidak terlepas peluang untuk dapatkan harga tiket penerbangan yang murah.
1. Clear cache / Cookies
Jika anda sudah melawati mana-mana laman web tempahan tiket penerbangan untuk survey harga dan sebagainya, anda perlu pastikan anda clear cache browser yang anda gunakan di phone atau laptop sebelum memulakan carian baharu.
Ini untuk mengelakkan harga tiket menjadi semakin mahal apabila anda membuka atau melayarinya buat kali kedua kerana laman web penerbangan tersebut dapat mengesan yang anda pernah melawati laman web mereka sebelum ini.
2. Beli tiket lebih awal
Kebiasaanya, syarikat penerbangan akan tawarkan harga tiket flight yang lebih murah jika anda buat tempahan 6 bulan ke 12 bulan lebih awal dari tarikh penerbangan.
3. Set reminder promosi syarikat penerbangan
Anda boleh cuba untuk melanggan 'newsletter' atau 'promo alert' daripada syarikat -syarikat penerbangan atau ejen tempahan tiket pihak ke-3 seperti Skyscanner atau Kayak.com
Anda boleh menjadi antara orang terawal yang akan mendapat tahu tentang tawaran atau promosi tiket diadakan. Dalam masa yang sama, anda boleh jimat masa, tak adalah asyik duduk depan laptop tunggu tiket murah.
4. Tempah tiket pada hari rabu dan selasa
Salah satu hari yang terbaik untuk anda beli tiket penerbangan murah adalah pada hari Selasa dan Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan biasanya mempunyai sistem tempahan di mana maklumat tentang tawaran tiket penerbangan akan ditetapkan pada hari Selasa jam 7 malam.
5. Tiket perjalanan sehala
Buat pembelian tiket secara sehala juga salah satu cara untuk dapatkan harga tiket flight murah yang ramai tak tahu.
6. Bandingkan Harga Melalui Pihak Ketiga
Mungkin ramai terus ke laman web syarikat penerbangan tertentu untuk mendapatkan tiket penerbangan. Tetapi, sebenarnya anda boleh terlebih dahulu membandingkan harga tiket penerbangan beberapa syarikat secara mudah melalui hanya satu platform !
Berikut adalah antara laman web carian perbandingan harga tiket penerbangan melalui ejen atau pihak ketiga :
- Skyscanner
- Hopper
- Cheapflight
- Kayak
- Momondo
7. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Lebih Kecil
Boleh cuba teknik ini, iaitu memilih lapangan terbang yang kecil ataupun bukan lapangan terbang utama di sesuatu destinasi. Contohnya, kalau nak ke London, ramai akan pilih untuk mendarat di Heathrow, tetapi sebenarnya ada lapangan terbang lain seperti Gatwick, Stansted, Luton, London City atau Southend.
Di Bangkok pula, mungkin anda boleh cuba turun di Don Mueang berbanding di Suvarnabhumi atau di Melbourne anda boleh turun di Avalon berbanding di Melbourne Airport.
Kalau ke Dubai dengan lebih murah, anda boleh memilih lapangan terbang Sharjah sebelum mengambil perjalanan kira-kira 40 minit ke Dubai.
8. Terbang Pada 'Bukan Musim'
Kebiasaannya tambang penerbangan pada musim cuti persekolahan atau pada hujung minggu lebih mahal. Jadi, untuk dapatkan tiket murah cuba pilih hari bekerja atau bukan musim cuti panjang.
9. Cari 'Best Deal' Untuk Penerbangan Antarabangsa
Banyak syarikat penerbangan tawarkan 'Best Deal' pada 11 hingga 12 minggu lebih awal dari tarikh penerbangan untuk destinasi antarabangsa. Jadi, anda rajin cari pada waktu-waktu ini .