Pasport anda boleh dikatakan dokumen yang paling penting semasa berada di luar negara. Ia adalah sebagai alat pengenalan diri, menggantikan kad pengenalan. Anda boleh dituduh memasuki sesuatu negara secara haram jika tidak mempunyai pasport !
Sebab itulah pasport perlu dijaga dengan baik ketika bercuti bagi mengelakkan kehilangan. Namun, kalau terjadi juga kehilangan pasport, ini perkara yang anda perlu cepat-cepat lakukan :
Kehilangan di Luar Negara
1. Buat laporan kat balai polis berhampiran
Ni langkah yang paling mustahak. Pasport anda ada banyak maklumat dan identiti anda, ia berfungsi sebagai kad pengenalan diri. Sebab tulah anda kena buat laporan secepat yang mungkin jika berlaku kehilangan pasport. Jadi, tak adalah ditahan oleh polis sebab laporan sudah pun dibuat dahulu.
2. Hubungi ejen insurans korang
Ejen insurans perjalanan anda boleh berikan nasihat untuk pergi mana, nak buat apa dan bagaimana untuk dapatkan pasport baru atau dokumen perjalanan sementara. Mereka akan membantu anda untuk pergi ke kedutaan dan hantar dokumen serta maklumat untuk bantu anda. Kebanyakan syarikat insurans ada talian kecemasan antarabangsa 24/7.
Anda tahu tak, insurans anda akan tampung perbelanjaan yang dikeluarkan untuk dapatkan penggantian dokumen perjalanan ?
Perbelanjaan ni termasuk pengangkutan dari tempat anda ke kedutaan Malaysia yang terdekat, kos penginapan yang berpatutan, kos komunikasi macam panggilan telefon antarabangsa atau bayaran data internet. Cuma anda perlu simpan semua resit, sebab resit ni akan jadi bukti penting masa anda nak claim dari syarikat insurans anda.
3. Pergi ke kedutaan Malaysia untuk laporkan kehilangan pasport
Kedutaan selalunya ada kat bahagian ibu negara. Kalau negara yang anda kunjungi tiada Kedutaan, Pesuruhjaya atau Konsulat Malaysia, anda boleh cuba untuk dapatkan bentuan daripada negara jiran macam Thailand atau Singapura untuk proses penggantian passport.
Pihak kedutaan akan keluarkan sijil kecemasan yang bertindak sebagai pasport sementara. Dokumen ni ialah pas sehala, untuk kegunaan sekali sahaja dan sah untuk tempoh 12 bulan. Untuk mohon sijil kecemasan, ni benda yang anda kena bawa :
- Bentuk pengenalan alternatif macam kad pengenalan atau lesen memandu korang
- Laporan polis
- Resit/pengesahan tiket penerbangan
- 2 keping gambar pasport
Permohonan untuk dapatkan sijil kecemasan mungkin mengambil masa 3 hingga 5 hari bekerja untuk diproses. Tapi, dalam kes kecemasan atau perkara penting, biasanya terdapat yuran faedah (expediency fee) yang anda boleh bayar untuk percepatkan proses permohonan.
4. Bila dah balik, mohon pasport baru
Bila dah dapat sijil kecemasan, anda tak boleh fly ke tempat lain, selain daripada negara asal. Jadi, jika percutian anda melibatkan banyak negara, terpaksalah anda batalkan plan tersebut dan terus pulang ke Malaysia.
Bila tiba semula di Malaysia, boleh pergi ke pejabat Imigresen terdekat (Jabatan Imigresen Malaysia) untuk mohon pasport baharu. Sebelum tu jangan lupa buat lagi satu laporan polis kat balai polis Malaysia. Laporan ni diperlukan untuk permohonan pasport baru.
5. Jangan lupa susun resit dan dokumen untuk tuntutan insurans
Untuk tuntutan insurans, benda penting yang anda kena buat adalah, simpan semua resit makanan, penginapan, pengangkutan, dan hantarkan pada syarikat insurans dalam tempoh 60-90 hari selepas balik ke negara asal. Bergantung kepada polisi insurans, samada had mengikut hari atau had keseluruhan polisi. Cuma, anda tak boleh buat tuntutan kalau korang tak dokumenkan resit-resit ni, jadi sebab tulah langkah ni sangat penting.
PENTING: Buat Benda ni Sebelum Melancong
Perlu diingatkan yang situasi macam ni boleh jadi kat sesiapa saja. Jadi amatlah penting untuk kita bersedia menghadapi sebarang kemungkinan untuk elakkan anda panik ya. Ni antara benda yang anda kena buat sebelum nak travel:
- Simpan salinan pasport. Boleh ambik gambar atau buat salinan fotokopi.
- Dapatkan maklumat mengenai kedutaan atau pejabat perundingan Malaysia terdekat kat negara yang anda nak pergi.
- E-melkan kepada Kementerian Luar Negeri atau pihak kedutaan Malaysia di sesebuah negara mengenai urusan perjalanan anda dan sertakan itinerari percutian. Benda ni penting sekiranya berlaku sebarang kejadian malang macam rusuhan atau bencana.
Kehilangan di Malaysia
Tindakan yang perlu anda lakukan ialah:
- Melaporkan diri dengan segera ke Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Malaysia;
- Jangan gunakan khidmat orang tengah atau agen;
- Sila bawa bersama perkara-perkara seperti di senarai semak.
- Berikan kerjasama semasa siasatan dan rakaman kenyataan diambil oleh Pegawai Imigresen.
Senarai Semak Keperluan Bagi Kes Kehilangan Pasport di Malaysia
Sila bawa bersama dokumen asal dan salinan perkara-perkara berikut:
- Nombor/Salinan pasport/dokumen perjalanan;
- Pasport/Dokumen Perjalanan Baru;
- Laporan polis (kes kehilangan pasport);
- Tiket pesawat/bas/feri (bawah 7 hari).
Keperluan tambahan
- Apa-apa bukti kemasukan (pas mendarat/tiket);
- Apa-apa bukti kemasukan(senarai penumpang);
- Sijil Perakuan daripada pihak Kedutaan;
- Salinan pas/dokumen terdahulu (jika ada);
- MEMO Rujukan daripada BPA/BPP/VPP/MIDA (jika berkaitan).
Bayaran: Pas Khas: RM100.00
Nota:
BPA-Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Malaysia
BPP-Pas Pengajian, Jabatan Imigresen Malaysia
VPP-Bahagian Visa, Pas dan Permit, Jabatan Imigresen Malaysia
MIDA-Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
Untuk mengakhiri artikel ini, kami berharap anda selamat melakukan perjalanan dan berharap yang korang tak perlu berdepan dengan kehilangan pasport atau proses penggantian pasport kat luar negara.
Misalnya kalau terjadi jugak, korang dah tahu dah apa yang korang kena buat!