CNN travel baru-baru ini memilih Pulau Pinang antara salah satu lokasi percutian musim bunga terbaik untuk 2019. Selain Pulau Pinang, antara lokasi terbaik lain yang tersenarai adalah Munich, Orlando, Marrakech, Malta dan Ledburry.
Artikel itu turut menyatakan Pulau Pinang adalah lokasi sesuai untuk peminat aktiviti outdoor untuk menghabiskan percutian mereka memandangkan hutan di Malaysia merupakan hutan hujan tropika. Malah ia mencadangkan para pelancong luar negara untuk melawat The Habitat yang terletak di Penang Hill atau lebih dikenali sebagai Bukit Bendera.
Sumber: CNN Travel