HalalXPlorer Logo
pengunjung genting highlands bakal dikenakan bayaran tol
22 October 2023

Pengunjung Ke Genting Highlands Bakal Dikenakan Tol ?

Kongsikan:

Baru-baru ini, tular gambar pemasangan sebuah struktur di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, sekali gus mendapat perhatian warganet yang membuat spekulasi berkemungkinan bakal dibangunkan plaza tol.

Pengunjung Ke Genting Highlands Bakal Dikenakan Tol ?

Akhirnya spekulasi tersebut terjawab apabila jurucakap Lingkaran Cekap Sdn Bhd berkata, kutipan tol bakal dikenakan terhadap pemandu yang berkunjung ke kawasan pelancongan tanah tinggi, Genting Highlands tidak lama lagi. Namun pemandu hanya dikenakan bayaran semasa ke Genting Highlands dan bukan ketika menuruni kawasan tanah tinggi tersebut.

Pengunjung Ke Genting Highlands Bakal Dikenakan Tol ?

Lingkaran Cekap bertanggungjawab terhadap jalan di Genting, termasuk cerun, tanah runtuh, membersihkan pokok tumbang, memotong rumput, sistem kumbahan serta lampu jalan, dan paling penting menyelenggara jalan.

Genting Malaysia Berhad (Genting Malaysia) menyelenggara jalan di tanah tinggi sejak membinanya pada pertengahan 60-an.

Bagaimanapun, jurucakap syarikat berkenaan tidak dapat mengesahkan tarikh pelaksanaan dan kadar tol yang akan dikenakan. Malah, pihaknya turut menepis dakwaan bakal berlakunya kutipan tol pada kadar RM2.50 dan RM3 bermula Jun 2024.

Tambahnya, perkara tersebut memerlukan lebih banyak perbincangan sebelum membuat pengumuman rasmi.

“Kadar tol akan mengambil kira kos dan kerja penyelenggaraan untuk jalan ini,” ujar jurucakap itu.

Kategori, Tag dan Negeri
0 0 votes
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

PILIHAN PEMBACA