Kalau sesiapa plan nak travel pagi-pagi ke Legoland, Forest City, Iskandar Puteri dan sebagainya boleh masukkan WR Kopitiam dalam itinerari untuk sarapan.
Memang best sini, sebab luar bandar. WR Kopitiam ini terletak tersembunyi dalam kawasan perumahan kampung. Kawasan kampung ni pula sangat cantik, bersih dan tenang.
Menu yang ditawarkan pula adalah pelbagai menu sarapan tradisional dan Johor seperti Roti Kitab, Lontong, Mee Kari, Telur & Kerepek, Kolam Kacang, Nasi Lemak dan banyak lagi
Semua menu telah dipaparkan bersama harga. Senanglah nak buat kira-kira sebelum buat pesanan.
Paling kami kagum, selepas anda membuat pesanan di kaunter, anda akan diberikan 'buzzer' macam di restoran besar. Selepas 'buzzer' bergetar dan berbunyi, anda boleh kembalikan 'buzzer' dan mengambil makanan anda.
WR Kopitiam, 240, Jalan Kangkung, Gelang Patah, 81550 Gelang Patah, Johor
@__natashansr | @mipipfoodlog | @ryouji86 | @tyraouhtyra | @dillaban30 | @sue082008 | @zarinayu_cocodamia | @Rohaizad Mastor | @azahjuri (IG) | WR Kopitiam