Percutian memang menyeronokkan. Beruntung kalau dapat pergi bercuti dengan orang tersayang. Walaupun kita tak boleh pergi bercuti ke luar negara lagi, kita masih boleh bercuti dalam Malaysia dengan lebih enjoy.
Cuti-Cuti Malaysiaakan lebih seronok sebab banyak betul promosi pakej percutian dalam Malaysia sebagai salah satu inisiatif untuk tingkatkan semula industri pelancongan di Malaysia . Ini antara promosi yang sedang berlangsung :
Pakej penerbangan dengan baucar diskaun RM50 oleh Malindo Air
Tempoh tempahan: Bermula 26 November 2020
Tempoh perjalanan: Sekarang – Mac 2021
Syarikat penerbangan terkemuka iaitu Malindo Air tawarkan baucar diskaun RM50 bagi setiap perjalanan domestik. Anda boleh gunakan baucar ni untuk perjalanan sehala atau dua hala dalam kelas ekonomi atau perniagaan.
Cara menebusnya:
- Daftar secara online di https://www.malindoair.com dengan nama penuh, nombor kad pengenalan, a;amat e-mel, nombor telefon dan gambar kad pengenalan yang sah.
- Pengguna akan terima kod promo unik melalui e-mel.
- Buat tempahan tiket penerbangan dan nikmati baucar diskaun.
Beli 1 percuma 1 pas MY30
Tempoh tempahan: Bermula 21 Disember 2020
Tempoh perjalanan: 15 Januari – 31 Mac 2021
Buat yang menggunakan pengangkutan awam, anda mesti suka tawaran ni. Anda hanya perlu beli pas MY30 dan dapat 1 pas percuma pada bulan seterusnya. Kena cepat tau sebab ianya terhad untuk 8,333 penebusan pertama. Siapa cepat dia dapat!
Cara menebusnya:
Anda boleh beli pas MY30 di mana-mana stesen LRT, MRT, monorel dan BRT. Selain itu, anda juga boleh dapatkannya dari lapan hab stesen bas ini – Pasar Seni, KLCC, Seksyen 2 Shah Alam, Greenwood, Sri Nilam, Sunway Pyramid, Pearl Point, dan Puchong Utama.
Tebus e-baucar RM20 dengan kad Touch ‘n Go
Tempoh tawaran: Januari – Mac 2021
Kalau pergi bercuti dengan kereta mesti korang terpikir nak jimatkan bajet untuk tol kat lebuhraya kan? Jangan lupa tebus e-baucar RM20 melalui kad Touch ‘n Go korang. Bolehlah korang jimat duit tol dan berbelanja untuk pergi bercuti dengan keluarga nanti.
Cara menebusnya:
- Daftar secara atas talian di aplikasi PLUSMiles (sekiranya bukan ahli PLUSMiles)
- Masukkan nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, nombor kad Touch ‘n Go dan emel anda
- Maklumat selanjutnya akan diberikan melalui aplikasi PLUSMiles untuk anda menebus e-baucar RM20 menerusi kad Touch ‘n Go di stesen minyak Shell yang menyertai program ini (penebusan secara percuma di Shell)
Rebat e-baucar RM100 & RM50 untuk kategori hotel yang ditempah di Shopee
Tempoh menginap: Disember 2020 – Mac 2021
Hasil kerjasama Tourism Malaysia dengan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Shopee, anda akan dapat rebat e-baucar sebanyak RM100 untuk tempahan hotel 4 dan 5 bintang. Selain tu, anda akan dapat rebat e-baucar bernilai RM50 untuk tempahan hotel 1 hingga 3 bintang.
Bagi 18,750 pembeli pertama juga akan menerima baucar tunai membeli-belah di Shopee bernilai RM20. Bolehlah shopping guys! Untuk penebusan, anda boleh tengok caranya di sini.
Rebat RM20 di Touch’n Go e-wallet dengan Jom Nginap
Tempoh tawaran: Disember 2020 – Mac 2021
Kempen Jom Nginap dengan kerjasama Tourism Malaysia dengan Persatuan Hotel Budget Malaysia (MyBHA) dan GKash. Kempen ni membolehkan anda untuk dapat rebat RM20 di Touch’n Go e-wallet tau.
Cara menebusnya dengan Jom Nginap:
- Pengguna Touch’n Go e-wallet perlu buat tempahan bilik melalui platform Touch ‘n Go Jom Nginap dengan amaun minimum sejumlah RM50.
- Rebat bernilai RM20 akan dikreditkan di akaun Touch’n Go e-wallet dalam masa 3 hari bekerja.
- Rebat hanya diberikan sekali je.
Diskaun sehingga RM100 untuk pembelian pakej percutian di Shopee
Tempoh Tawaran : Januari – Jun 2021
Nak pakej percutian dengan harga berbaloi? Inilah masanya anda bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan dengan membeli pakej percutian di Shopee. Macam-macam jenis pakej ditawarkan!
Ada potongan diskaun sehingga RM100 yang korang boleh nikmati. Jimat beli pakej, boleh korang berbelanja dengan yang lain kan? Jom Cuti-Cuti Malaysia!
Cara menebusnya:
- Masuk ke aplikasi Shopee dan tekan butang Pakej Percutian
- Pilih pakej yang korang berminat
- Masukkan kod diskaun yang dipaparkan di Shopee untuk dapatkan potongan harga
- Pembayaran hanya melalui Shopee Pay dalam aplikasi Shopee untuk menikmati diskaun
- Pengguna akan menerima maklumat dari Shopee seperti bukti pembayaran serta maklumat syarikat/agen pelancongan untuk lebih mudah dihubungi
Pakej istimewa untuk penjawat awam sempena kempen Cuti-Cuti Malaysia
Tempoh tawaran: September 2020 hingga Mac 2021
Bagi menghargai usaha dan perkhidmatan penjawat awam, satu pakej istimewa sempena Cuti-Cuti Malaysia telah dilancarkan pada 3 September 2020. Program dengan kerjasama Kesatuan Pekerja-pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) dan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) adalah inisiatif jangka masa pendek untuk meningkatkan usaha promosi pelancongan domestik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Setelah PKP dilaksanakan, penjawat awam adalah golongan paling kurang terkesan kerana mempunyai pendapatan boleh belanja yang lebih tinggi berbanding golongan lain. Pakej istimewa untuk penjawat awam sempena Cuti-Cuti Malaysia oleh Tourism Malaysia ni diharap dapat menggalakkan penjawat awam untuk melancong dalam Malaysia.
Oleh itu, anda yang menjadi penjawat awam ni kena la dukung hasrat kerajaan untuk melonjakkan ekonomi negara dengan bercuti dalam Malaysia. Industri dah berikan tawaran istimewa dan diskaun terbaik eksklusif buat penjawat awam. Jadi, anda perlu ambil peluang ni untuk nikmati percutian dalam Malaysia yang bermakna bersama keluarga.
Dah bersedia untuk Cuti-Cuti Malaysia? Untuk info lebih lanjut, korang boleh layari laman sesawang https://www.malaysia.travel/ atau https://www.tourism.gov.my.